Monday, February 21, 2011

CAPTURE THE MOMENT CONTEST.

 nak join?just klik banner ataas ni...coolllll....




pic ni actually masa besday bah yg ke 57...hahaha..tp dlm pic ni my father besday boy (dah tua pon panggil besday boy ke) x masuk sbb dia yg jadik tukang amik pic ni..hehehe
lagi satu, kenangan gmbr ni, masa ni my bro + sis in law baru jek pas kawin,
diorang yg dtg bawak kek tu..



nak tag:
kak nurul
along
sweet pinky

cool wif sunglass




Gambar ni masa raisha tgh bershopping kat johor dgn tok dia.
raisha mmg suka sgt pakai sunglass, sampai spek ibu pon dia nak 'cekut'.
byk lagi koleksi sunglass raisha yg kebanyakan (semuanya, abah tak penah beli kan pon, hihi) disponsor oleh atok2 n nenek2 raisha.




ibu nak tag:
kak nurul
along

Sunday, February 20, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA



Kenapa ibu dan abah memilih nama anak-anak ibu dgn nama tersebut.
1)Supaya anak-anak ibu mencontohi peribadi mulia Saidatina Khadijah dan Siti Asiah.
2) Supya mnjadi peringatan kpd ibu juga utk jadi ibu dan isteri yang baik setiap kali menyebut nama-nama itu.



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]

Rasulullah s.a.w bersabda: ``Sebaik-baik wanita ahli syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah bin Muhammad, Asiah binti Mazahim (isteri firaun) dan Maryam binti `Imran.'' - (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).




My Lovely Daughter ( Setahun 10 bulan)
Raisha Khadijah binti Mohd Firhan


Raisha - Pemimpin kepada raja
Khadijah - isteri Rasulullah S.A.W
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.

Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.
Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.
Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.


My Lovely Newborn Daughter ( 25days)
Rifhani Asiah binti Mohd Firhan
Rifhani - Kemewahanku
Asiah - isteri firaun - bonda angkat Nabi Musa AS

Isteri yang baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut Asiah, isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai seorang Raja Besar yang dikutuk Allah SWT, namun isterinya disanjung tinggi dalam Al-Quran. Isteri Firaun bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh Al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.

Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu. Asiah menyelamatkan Nabi Musa AS, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Nabi Musa AS. Dia beriman kepada ajaran Islam yang dibawa Nabi Musa AS. Semua manusia di lingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi secara diam-diam, dia menyembah Allah SWT.

12 Feb - 60 hari

My little baby Hani  dah 60 hari usianya.Belum gi cucuk n timbang lagi, so taktau perubahan adik.tapi bila dukung adik, dah terasa kelenguhannya..alhamdullilah masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya.
Dah semakin bijak dan pandai mengagah..Comel sgt bila tersenyum.
Adik Hani ni nampak tabah, selalu berdikari (eh, dah blh tau ke?), bila raisha menempek nak duduk kat ibu, terpaksala ibu letak adik kat atas katil (adik x nangis pon tau).


 hani comel sgt laaa...

Wednesday, February 9, 2011

sesi nak pindah rumah

huh..semua barang2 dah abis diangkat ke umah baru..

no 32 lorong im15/25

terasa sayu dan sedih pula bila melihat keadaaan umah yg dah kosong ni..raisha pon tercengang-cengang jek melihat rumah yg dah kosong..

dan dengan rasminya dah tido umah baru..terasa agak janggal, sbb rumah baru ni keadaannya mirror image dari umah lama..keadaaan umah pon masih sgt berselerak dan byk utk dikemas..take time jugak nak stabil kan semula susun atur umah..

Monday, February 7, 2011

2-3 mggu punye entry..

huh..lamanya ibu tak mengupdate blog ni..sejak balik ke pilah aritu hingga dah blik ke kuantan ni ha..

dalam 2-3 mggu ni terlalu byk perkara besar yg berlaku..ibu dan adik hani telah pon habis berpantang dgn keadaan yg sehat alhamdullilah..adik hani semakin membesar dgn sehat dan gumbira dgn susuan ibu sahaja..misi ibu utk mengumpul stok EBM utk bekalan adik bila ibu dah start keje nanti, baru bermula..tapi x banyak sesi mengepam yg dpt ibu buat dk kesibukan mnjadi surirumah tangga sepenuh masa termasuk tidor waktu siang..heheh..

Perkara yg paling sedih sepanjang miggu lepas yg dah berlaku bila raisha dah wean off a.k.a bercerai susu badan dgn ibu..raisha tak de lg merengek2 utk minta nenen malahan menggigit ibu bile ibu offer spy nenen. Sepanjang miggu lepas mmg ibu rasa kesedihan sbb niat ibu nak menyusukan raisha sekurang2nya 2 tahun x tercapai..tapi ibu tetap berbangga raisha BF selama 1thn 10bulan (walaopon x sepenuhnya, at least merasa juga khasiat susu ibu). Sejak raisha dah wean off ni, ibu slalu terbayang-bayang dan terkenang-kenang masa raisha bermanja dan merengek pd ibu utk minta nenen.. ibu juga rasa agak kesal kerana kadangkala termarah raisha bile raisha minta utk nenen pd waktu adik hani pon tgh nenen..
Skrg ni, ibu cuba utk positifkan fikiran dan menerima hakikat yg raisha dah besar dan sudah tiba masa utk bercerai susu badan..ibu tetap akan beri perhatian yg penuh sama spt adik hani.

SAAT-SAAT MENYUSUKAN ANAK-ANAK DGN SUSU IBU ADALAH MASA YG AMAT BERHARGA YG AKAN SELALU IBU KENANGI..

perjuangan utk menyusukan adik hani pula masih jauh akan ibu tetap tempuh..ibu amat memerlukan sokongan terutama en.suami a.k.a en firhan ya..

Thursday, February 3, 2011

Home Sweet Home

Setelah beberapa hari balik ke kuantan, baru la ibu rajin nak menulis blog ni..

Kita akan berpindah!!!oh..kunci umah baru dah dapat..so skrg ni time busy utk packing mempacking barang2..nasib baik la my mom datang utk tolong mengemas..dgn kondisi ibu yg masih belum sehat sepenuhnya, risau juga utk angkat/kemas brg2 yg berat..maklumlah, risau juga bila org kata 'angkat brg2 berat blh menyebabkan rahim jatuh'.


sambil2 mempacking brg2, esp kain bju, rasa sedih pula di hati..maklumlah, walaupon bru jek duduk 3 thn di rumah ni, byk sgt kenangan2 yg terindah yg berlaku..

umah ni ibu dah duduk since early 2008,sblm berkahwin lagi.
pastu kumpul beli barang2 umah seperti peti ais, mesin basuh, tv dan byk lagi la keperluan asas.
then bulan 5/2008, after berkahwin dgn abah, abah move in.
bulan 3/2009 lak, raisha lahir, dan membesar selama 2 tahun
(masa2 yg sgt berharga utk melihat raisha membesar).
lagipon ibu suka umah ni, sebab dekat dgn taska.
blh dikatakan hampir setiap lunch hour, ibu akan balik amik raisha.
bulan 12/2010, adik hani pula lahir dan menyerikan lagi famili kita,
tp adik hani sempat meraasa duduk kat umah ni x sampai sebulan pon,
yela after lahir, masuk wad, pastu balik jb umah tok, berpantang situ.

no 10, lorong im 15/24 taman mahkota permai 25200 kuantan.