Tuesday, March 19, 2013

Kerinduan pada si dia

Orang kata , kalau dekat bau busuk, kalau jauh bau wangi..
dan aku pulak kata, tak kesah la bau busuk ke wangi ke, aku nak dekat je sepanjang masa sbb aku dan anak-anak sgt merindui dia dan memerlukan dia setiap masa.

Mencari rezeki yang halal, membesarkan anak-anak, menjaga ibu bapa dan keluarga, memiliki harta, mengejar cita - cita dan seterusnya sehinggalah tamat usia kehidupan manusia tu.. Semua perkara ni terjadi kepada setiap hamba Allah yang berbeza cara dan asbab yang terjadi saja.

Setiap takdir dan ketentuan dari Allah merupakan yang terbaik, cuma kita sebgai hambaNya perlulah pandai utk melihat perkara tersebut dari perspektif yang terbaik supaya mampu utk menggalas segala tanggungjawab dan ujian/dugaan tersbut..

Walauapapon kerjaya tak kira la si jurutera itu mahupon si pensyarah itu, kami mencari rezeki yang halal.. In sha allah dengan izin dari Nya nanti, kami akan dapat duduk semula sebumbung setiap masa dan ketika..

Aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi diriku, anak-anak dan sidia dari segala kejahatan dan kemalangan dalam bentuk jua cara dan dimana2 sekali pon dalam setiap masa..


Preparation Nak ke Saigon dan Guangzhou

Hujung bulan ni akan ke Ho Chi mInh lg buat kali kedua..kali ni gi ngn mak n maklong, bertiga ajer..
So mcm biasa, dgn otak yg tak berapa nk fokus sbb sebelum berlangsungnya trip ke vietnam ni, aku in shaa allah akan ke guangzhou dulu mengikuti rombongan cikkiah..

Beberapa preparation yang penting sebelum keluar negara, keperluan makanan, menyediakan maklumat dan lain -lain perkara supaya perjalanan menjadi lebih mudah dan lancar juga memastikan trip ini adalah trip yg terjimat..

1) Itinerary - Sediakan jadual, draft lebih kurang ttg temapt2 yg nk pergi dilawati spy blh estimate masa dan kos transport.

2) Alamat/peta - kalau ke guangzhou memadai lah prepare name kad or alamat (dlm bahasa cina ) aje sbb kalau map pon tak reti2 pon nak baca sbb lokasi bdr guangzhou yg terlalu besar dan nama2 tmpat yg semuanya seakan-akan sama jek.lagipon kalau silap sebut perkataan bahasa cina, blh memberi maksud yg berlainan..

Utk trip ke vietnam, aku dah prepare puzzle map yang dibuat utk aku sorang je kot yg faham.



Map yg telah siap dicantum
 Map yg telah siap difotostat ke A3 supaya sng nk carry


p/s gambar ini adalah selingan

3) pasport - pastikan tarikhnya expired at least 7 bulan lg (patutnya 6 bln) utk lebih selamat.. Visa juga dibuat awal utk ke guangzhou.

4) Booking hotel - rupanya booking online lagi murah kot..aku dah booking melalui agoda.com utk hotel di vietnam..utk ke guangzhou, hotel tmpt slalu tu je la, malas nk pikir tmpt lain.

5) prepare luggage dan keperluan makanan/makanan

6) Duit jgn lupa!!tukar secukupnya...kalau tak cukup, pepandai la nak berbajet...kalau nmpk barang berkenan di hati tu, senyum dan bergambar je lah, jadiklah la kan..


Monday, March 18, 2013

My NEw hobby

 LET'S GARDENING
Weekend ni dimulakan dgn sesi penanaman pokok atau lebih tepat sesi mengalihkan pokok dari bekas asal yg dibeli ke pasu yg lebih besar..Aku mmg suker juga pada pokok2 dan tumbuh-tumbuhan esp yg hijau ni kerana mendamaikan dan menyegarkan pengudaraan..
Sebenarnya tetiap kali pindah rumah baru, mmg suka beli pokok baru..
Pastu dah boring a.k.a tak reti jaga, mula lah bagi kat org.




Antara pokok - pokok yang ada..Semua nama pokok yang baru dibeli ni masih belum dpt dikenalpasti.
Harap2 pokok2 ni nak la tumbuh dan membesar dengan sihat.Harapan kali ni, nak melihat pokok -pokok ni dapat bercambah dan membiak dgn jayanya.. In Sha Allah, kali ni dah berazam akan jaga elok2 , takkan bagi kat orang lain dah, dan bercita - cita nak buat mini garden suatu hari nnti.

Oh ya, aktiviti gardening adalah aktiviti yang menyihatkan sebab boleh mengeluarkan peluh.

p/s: kepada En.Firhan, pokok - pokok ini amat memerlukan bantuan mu..Sila tlg jaga skali ya..




Friday, March 15, 2013

Twinkle2 Little Star Versi Rifhani

Kanak - kanak riang rifhani dan raisha memang merupakan makhluk Allah yang paling comel, terindah dan sgt membahagiakan ibu dan abah. Apa pon keletah yang dibuatnya, mmg menyentuh jiwa ibu ni..

By today, umurnya pon dah masuk 2 tahun 3 bulan, macam2 la aksi dan perangai a.k.a development yang telah dilakukan olehnya..

Skrg ni adalah musim kartun Barney..karakter Mickey/Minnie mouse still gak disukai nya sbb ikut jek apa yg kakak suka. kartun Barney ni banyak menyanyi, antara lagu yg rifhani dapat belajar dan pling suka mmm...

lagu favourite barney

i love u
u love me
we r happy family
with a great hug and a kiss from me to u
wont u say u love me too..

selain tu adik hani suka gak lagu twinkle2..

(bak kata nekwan, walaupon tak paham apa yg disebutnya tu, tp melodi tu ikut dgn baik).




Mari bekerja bersama ibu

Alangkah bahagia nya seorang ibu kalau dapat pegi kerja dan membawa anak-anak sekali..sekali sekali pon xpe,ye la kalau dah tiap2 hari mcm ne plak nk mningkatkan produktiviti.
Ceritera ini bermula alkisahnya Raisha dari semalam lg dah muntah2 dan pernafasan yg berbunyi menyebabkan si ibu ini sgt bimbangkan kesihatan anakanda ni..so ibu decide tu bring her to ibu's office so that ibu can monitor raisha sepanjang hari..


Setelah penat membuat aktiviti colouring,segala hasil seni ditampal didinding.
Nasib baik ler ada dpt hadiah harijadi dari cikli dan nekutih bebntuk kaler pensel dan bukukaler dpt gak isi masa lapang.

Dah siap kaler, nak tampal lak kat dinding.ala -ala mcm taska dia la ni kerjanya.
botol tidak dilupa.


Setelah kepenatan, rehat jap bwh meja ibu, sambil isap air atish


Anak dan cucu yang sgt rajin. Arini balik ke kg pulau indah, nampk nekwan kluar dia pon sibok nk tlg siram pokok bunga.

Thursday, March 14, 2013

Interview Cuti Belajar Bergaji Penuh

Ish..ish..ishh...sgt menyeramkan sebelum berlakunya kejadian itu, tetapi setelah selesai, rasa mcm sedang memakan dengan nikmatnya ice cream coklat magnum sambil menonton hantu kak limah 2..hahaha...akronim yg sgt ketidaksesuaiannya..

Alkisah, bermula niat hati ini utk menyambung belajar dalam master/sarjana, dan dikala itu, pihak JKR pula telah mengeluarkan emel memohon maklumbalas tentang sesiapa yang berniat seperti ku itu, seperti tahu2 pulak niat aku ni, maka aku pon terus lah mnghantar nama dgn penuh semngat..Ingatkan mcm confirm jek blh dapat terus Cuti Belajar Bergaji Penuh, rupa-rupanya tidaklah semudah itu..

The following week tu kluar plak emel soh lak mnganto proposal a.k.a ringkasan kajian yg membuatkan aku tidak boleh tido malam..hushhh...adoyaiiiii...lepas dah pikir2 beberapa topik yg mcm interesting,  kluar plak lg 1 emel list senarai topik yg mnjadi priority kepada pihak jabatan. Mujur la en.suami ku yang hensem tu slalu memberi kata-kata semngat dan juga memberi beberapa cth tesis drpd student2 nya, at least boleh la aku pikior sket rupa gaya proposal aku tuh.


Apapen, interview tu telah berjalan semalam, bermcm soklan teknikal berkaitan topik yang aku nak buat which is satu pon soklan tu aku x reti nak jwb, tapi aku redha walau apapon keputusan nya..sekurangnya interview ni memberi aku pengalaman sekiranya teringin nak apply next2 time pulak...huhuhuhuhuh...tggu resultnya ya.....


Raisha 4th Birthday

Alhamdullilah..
Raisha Khadijah turn to 4th years old on
13 - 3 - 13.

Rasa sgt bersyukur anakku sihat dan membesar dengan sempurna
(walaupon gigi agak rongak dah)
Dapat jugak aku buat sambutan besday raisha walaupon secara kecil-kecilan je kat kg.
 kesian besday girl tak berapa sihat dan muntah2 sepanjang hari,
tp tetap gembira masa meniup lilin.

 Rifhani yg cuba utk buat peace jugak.





Orang kuat di sebalik sambutan majlis ini..
Berasa a bit sedey sbb my love honey di kuantan tak dpt join.
Nasib baik dah buat pre-besday potong kek last 2 week sama-sama.

Monday, March 11, 2013

Window seat di dapur

Mmmm.. rumah di sri sendayan masih lom di renovate atau ditouch up apa2 lagi..
Tetiba dtg mood rasa nak menggoogle built in kabinet..hasil penggooglelan itu adalah seperti berikut:


Floor plan rumah.


Nampaknya aku sgt berminat la nak buat dapur yg built in yang ada window seat, walaupon dapur kering hatta dapur basah sekalipon takde pon window kekdahnya..





 

Buat window seat kat dalam bilik pon cara gak, baru betul ada window.



Macam senang je kalau nak buat senirik kan?


   Antara kaunter bar yang mcm nak jadi idaman aku.



Bila lah ya duit akan datang melayang cam durian runtuh, blh aku buat semua impian ni jadi kenyataan.




Karoks @ Xanax, Kuantan

Rasanya ni first time berkaraoke di luar setelah ada anak- anak2.Mula-mula cam ragu2 juga nak bawak anak2 ke sini, tapi setelah diyakinkan oleh en.suami yang hensem itu, aku pon setuju la nak pegi.
Siap ada peringatan suruh pegi solat ok..so kalau sesape yg lalai tu,sendiri
mau ingat la ye.


Sejam pertama, semua bersemangat nak menyanyi..mic yg ada cuma ada 2, maka terjadi perebutan mic antara 4 orng itu.


Setelah jam yang kedua, maka, kurang lah sorang yang berebut mic itu...kepenatan..

anyway, pakej kat karaoke xanax, plaza teruntum kuantan ni ok gak.
RM50( tak masuk tax) utk 3 jam, dapat 1 jug air dan satu bekas fries.
Boleh juga order makanan panas, dan masakannya juga adalah sedap..
Lenkali leh dtg lagik yek.

Outstation to Sarikei, Sibu Sarawak

Dah sebulan dah pon berlalu.
baru jek ada mood sket nak hapdate..
takde pape yang menarik sgt pon nak di cerita, sbb ni outstation sempena karnival Mygreen anjuran KETTHA, kena menjaga booth dan terpaksa meninggalkan anak2 demi bertugas.

Ni 2nd time ler naik MAS tu pon sbb tambang dibiayai, kalau sendiri mmg idok ler, hny mampu naik kapal merah everybody can fly ler jawabnya..
Utk ke Sarikei, perlu turun belon di Sibu, then dari situ baru naik van ke SArikei..Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam jek..Jalan raya a.k.a highway yng dilalui ala-ala @ boleh dikatakan sama taraf la cam jalan kuantan-muadzam-segamat..tapi ada kena bayar tol tau..
Untuk ke Sarikei, perlu turun flight di Sibu dulu, then naik van perjalanan lebih kurang sejam.


Bersama barang2 utk pameran. Dah tiba airport Sibu.

 
 



 Muka gigih berusaha bekerja..seawal 6am dah bertolak ke Sarikei.

Pasar pagi di Sarikei. Jual ayam hidup longgok2 gitu jek.

 Umai..ala - ala kerabu udang versi sarawak..

  Singgah bergambar di Mcd di depan hotel..Majoriti chinese jek.


 Eiffel Tower la sgt..




Akhirnya otw nak balik, on the last day, baru la terjumpa masjid yg comel kayu ni..
Majoriti penduduk kat area sini adalah non muslim..dan pusat urut juga adalah sgt banyak.hehehe..