Tuesday, July 30, 2013

Lai..LAi...Sape nak sewa umah akakkk..

http://www.mudah.my/Teres+1+tgkt+Taman+Pandan+Sejahtera+Kg+Pandan+2-22695021.htm

Address: Kg Pandan 2
Location: Pahang - Kuantan
Postcode: 26070
Monthly Rent: RM 750 Type: Houses, For rent Area: Kuantan
Size: 1430 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2
Furnished: Partially furnished
Estate agency no:
Property Type: Single storey

SPESIFIKASI:

Rumah Teres 1 tingkat, 3 bilik tidur, & 2 bilik air.
Lengkap bergrill

Master Bedroom – Air cond, Lampu Tidur, Kipas
Bilik kedua dan ketiga – kipas dan ada lampu tidur (bilik ketiga shj)
Rak built in utk memudahkan simpan barang
Kabinet Dapur Built in
Ruang Porch -Berkipas mudah keringkan baju pada musim hujan
-Boleh parking 2 kereta
Luas Rumah 22'x 65'

Berdekatan Airport, Masjid dan Restoren De aisyah nasi kerabu
15km ke Bandar kuantan (perjalanan 15 minit, melalui bypass).

HARGA SEWA :=RM750/sebulan
=Deposit : 1 bulan (RM750)
= Deposit api/air = RM 250
=Legal fee,stamping untuk Tenancy Agreement RM100

Berminat sila call saya Raha:

017-7770795/ 012 - 7770795

SEBARANG SMS TIDAK AKAN DILAYAN.MAAF

Sesi Pindah Barang

Huh..
Akhirnya pindah jugak dah keseluruhan barang2 dari rumah kuantan ke rumah seremban
Sepanjang aku berkahwin dan beranak pinak ni, umah seremban ni merupakan rumah ke 4 dah kami berpindah..bayangkan, puratanya lebih kurang setiap tahun jugak la kami ni berpindah randah..mana tak jadi gagah ahkak ni mengangkat barang2..

Akhirnya...ku tak perlu dah membahsuh tangan ok baju2 kotor yg umpama gunung segar yg ditarah pon masih tidak meruntuh...(apa punya perumpamaan daaa).


Bye..bye umah kuantan...nnt nak carik penyewa lak..



 Welcome home to barang2 from kuantan to seremban


Raisha la yg pling pelik--> ibu, nape brg kuantan ni bawak pergi umah ibu??

Pergi tak kembali

Innalillahi wa innalillahi rajiun
Al fatihah
Buat nenek tercinta (nenek belah suamiku)
Telah dijemput kembali ke rahmatullah buat selamanya
pada
Tanggal 25 Julai 2013
16 Ramadhan 
Hari yang mulia, bulan yg penuh gandaan keberkatan

Kami semua akan sgt merindui dia
Nenek yg sgt pemurah, tak penah lokek, sgt concern ttg dah makan ke belum anak cucunya
Memang kami takkan dpat lupakan semua tu..

Sedih sgt bila kali terkhir mencium nya
Hani dan raisha pon seakan faham yang onyang telah pergi selamanya

Semoga kami akan bertemu lagi di suatu masa yg Allah telah pastikan
SEmoga roh allahyarhamah nenek berada di kalangan orang yang beriman
semoga nenek tenang berada di tempat sementara menunggu hari kebangkitan

Aminnnnnnn ya rabbal alaminnn.

KAmi semua pasti terkenang dan merindui nenek



Thursday, July 18, 2013

Dah masuk 2nd trimester

Alhamdullillah, kemerandungan ini dah masuk minggu ke 16 a.k.a dah 4 bulan.
SEgalanya berjalan lancar, mmg berharap anak dalam kandungan ni, membesar dgn sihat dan sempurna.

Bulan Ramadan pon dah seminggu berlalu, alhamdulillah, dgn perit getir, ibu cuba juga lalui ibadah ini, cuma berharap baby kuat dan tetap mendapat zat utk membesar secukupnya..

Perkembangan baby utk minggu ni,

Perkembangan Janin Minggu ke-16

Panjang janin bertambah dengan sangat cepat dan gerakan-gerakannya lebih kuat. Ibu dapat merasakan gerakan-gerakan janinnya dengan meraba perut. Rambut halus tumbuh diseluruh dipermukaan tubuh janin, yang disebut lanugo. Plasenta terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Panjang janin saat ini 16 cm dan beratnya 135 gram. Jika melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot janinsudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Ia sudah mulai menghisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan kencing, dan cegukan. Pada minggu ini jika sinar terang di letakkan di perut anda, bayi akan menggerakan tangan ke arah matanya. Sistem pencernaan janin pun mulai menjalankan fungsinya. Dalam waktu 24 jam janin menelan air ketuban sekitar 450-500 ml. Hati yang berfungsi membentuk darah, melakukan metabolisme hemoglobin dan bilirubin, lalu mengubahnya jadi biliverdin yang disalurkan ke usus sebagai bahan sisa metabolisme.
 
Ok, kakak2 baby saban hari dah tak sabar nak melihat baby keluar..asyik tanya kenapa baby ni asyik tido je dalam perut ibu..raisha pon kerap nak dgr apa yg baby tgh buat dlm perut ibu..manakala kakak hani pula masih mengakui bahawa dialah si baby itu..

Thursday, July 11, 2013

Sports day

Last Saturday, 6/6/13
Sports day little caliphs 
Dewan Kg Sendayan
tema : kampung style

Raisha dah pandai behave, dan ikut semua program yang diaturkan oleh teacher.
Manakala rifhani, mcm tu lah tak blh dok diam, dan takde pon join any activity.
Padahal, teacher kata masa berlatih kat sekolah, ok je nak join.
Bila tiba hari sukan, dia buat hal sendiri.


Semua murid berkumpul kat tepi, tapi ada sorang je budak dgn selamba main2 kat atas pentas dan track..sape lagi, kalau bukan kanak-kanak riang tu.


 Acara bermula ngn perbarisan..owh rupanya raisha rumah kuning a.k.a team hang jebat.

aksi raisha dalam acara susun tin..juara okeh..bangga ibu..terer sports, ikut abahnya..

Acara penyampaian hadiah

 

 Kakak Raisha dapat 3 hadiah = 1 hadiah menang acara, 2 lagi hadiah keseluruhan team.


Aik??budak kecik kanak-kanak ribena ni pon dapat hadiah??
Ya, patutnya dia join team kakak, so mmg cikgu dah kira dah cukup-cukup hadiah..So kiranya my rifhani menang tanpa bertanding..hehehe.
 Susahnya nak snap gambar rifhani ni
 Nasib baik juga dapat hadiah sendiri, kalau tak, confirm berebut hadiah bila balik umah.

Ummpp..sedapnya

Cook by chef firhan a.k.a my sweet lover
Mmg sgt menyelerakan, sbb di kala tgh morning sickness ni, mmg byk makanan yang aku tak berapa lalu nak makan..tapi bile chef firhan yg masak, terus berselera..

Kesimpulannya : harap dapat masak slalu, demi anak dalam kemerandungan ini..hehehe

Thursday, July 4, 2013

Lebih dari seminit

haha, posting ni bukan nak bgtau ketekunan rifhani menulis ya.
tapi kejayaan mengikat rambut dan dimaintain sampai bwak ke tido, masih rifhani tak sentuh ikatan getah rambut tu..


Selalu mmg x sampai berapa saat dia dah cabut smula..