Showing posts with label Our 3rd baby. Show all posts
Showing posts with label Our 3rd baby. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Dah masuk 2nd trimester

Alhamdullillah, kemerandungan ini dah masuk minggu ke 16 a.k.a dah 4 bulan.
SEgalanya berjalan lancar, mmg berharap anak dalam kandungan ni, membesar dgn sihat dan sempurna.

Bulan Ramadan pon dah seminggu berlalu, alhamdulillah, dgn perit getir, ibu cuba juga lalui ibadah ini, cuma berharap baby kuat dan tetap mendapat zat utk membesar secukupnya..

Perkembangan baby utk minggu ni,

Perkembangan Janin Minggu ke-16

Panjang janin bertambah dengan sangat cepat dan gerakan-gerakannya lebih kuat. Ibu dapat merasakan gerakan-gerakan janinnya dengan meraba perut. Rambut halus tumbuh diseluruh dipermukaan tubuh janin, yang disebut lanugo. Plasenta terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Panjang janin saat ini 16 cm dan beratnya 135 gram. Jika melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot janinsudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Ia sudah mulai menghisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan kencing, dan cegukan. Pada minggu ini jika sinar terang di letakkan di perut anda, bayi akan menggerakan tangan ke arah matanya. Sistem pencernaan janin pun mulai menjalankan fungsinya. Dalam waktu 24 jam janin menelan air ketuban sekitar 450-500 ml. Hati yang berfungsi membentuk darah, melakukan metabolisme hemoglobin dan bilirubin, lalu mengubahnya jadi biliverdin yang disalurkan ke usus sebagai bahan sisa metabolisme.
 
Ok, kakak2 baby saban hari dah tak sabar nak melihat baby keluar..asyik tanya kenapa baby ni asyik tido je dalam perut ibu..raisha pon kerap nak dgr apa yg baby tgh buat dlm perut ibu..manakala kakak hani pula masih mengakui bahawa dialah si baby itu..

Tuesday, June 18, 2013

Minggu ke 12

Kalau melihat kepada gambar diatas, pembesaran bayi pada minggu ke 12 lebih kurang sebesar genggaman tangan ibu kot.. maksudnya, masih kecil lagi, dan normal kalau perut masih tak nampak..tapi perut ibu telah kelihatan agak membesar, mungkin disebabkan ibu yng mmg besar.

setakat ni, kehamilan hanya mengurangkan selera makan ibu sedikit..lebih nak makan makanan yang berkuah dan bersuap..rasa muak tgk ayam, telur, fast food..rasa rindu nak makan masakan emak di johor..owh, semuanya cerita pasal selera dan pemakanan sahaja..hehehe...

susu utk pregnancy kali yg dipilih adalh susu enfamama vanilla, pas abis ni nak try jenama dan perisa lain lak lah..

Raisha dah semakin memahami, didalam perut ibu ni ada baby yg sgt kecil kecil, tggu masa besar nnt baru blh kluar.



Saturday, May 18, 2013

Anugerah terindah ku bakal bertambah.....

ALHAMDULLILLAH
HANYA PUJIAN DAN KESYUKURAN 
KE PANJATKAN KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA 
ATAS KURNIAAN NYAAA...

Syukur sangat, keluarga kami bakal bertambah..
Walaupon sgt tak terjangka, aku bersyukur atas rezeki yang telah dilimpahkan ke atas kami..
We're gonna have a new baby in few months soon..


Mula - mula mmg sgt tak percaya, walaupon instinct mcm ada.
Tapi semuanya telah disahkan.


 Scan di klinik sara hana, kuantan
EDD 01/01/2014.
Tapi kalau ikut trend bersalin sebelum 2 -3 minggu awal dari EDD.




Syukur alhamdulillah again..
SEmoga kandungan kali ini sehat dan membesar dengan sempurna dan penuh keimanan..
(Raisha awal-awal dah cakap nak baby girl, Rifhani pulak telah dipengaruhi oleh ibu spy pilih baby boy). Anyway, kami tak kesah, boy or girl, adalah amanah..
Yang penting dapat menjadi anak yang soleh dan mendoakan kami yang terbaik bila kami telah tiada kelak..