Showing posts with label ho chi minh. Show all posts
Showing posts with label ho chi minh. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

2nd Trip to Saigon ( Ho Chi Minh, Vietnam)

Marathon trip after Guangzhou, China
30 March - 2 April 2013

This is my second trip to Saigon city. All preparation before coming here telah dibuat dengan lengkap.

Kali ni pergi dengan currency exchange yang mahal.
1 usd = RM 3.115
RM 1 = 6365 dong

So aku tukar pon tak banyak..tukar usd sikit, dong sikit, yg lain standby duit rm jek.

 PESERTA SETIA ROMBONGAN CIK RAHA
 
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MY MOM AND MAKLONG
Ini merupakan kali pertama mak naik kapal terbang..dia tak cemas pon, tapi aku pulak yg rasa cemas utk dia, nasib baik dpt duduk sebelah menyebelah, so dapat la aku nk tgk2 dia.

First day sampai airport, dalam kol 4 lebih waktu tempatan, trus amik taxi yg berkupon.. Kaunter lady yg sgt kerek tu memaksa aku utk membayar RM 40 bagi tambang taxi ke Antam Hotel. Aku pon bertanya kalau dalam Dollar pulak berapa? Hanya 10usd (RM31.15) shj..kan byk beza tu. Kat sini mmg kena tny ketiga-tiga currency, baru blh bayar, kalau tak, nnt rasa rugi pulak.

Rupanya kadar tukaran asing kat sini masih murah lagi terutama dari ringgit nak ke dong
RM 1 = 6750 dong..byk beza tu kalau nak compare dgn rate yg aku dpt kat malaysia.. nasib baik aku tak tukar banyak sebelum ni..

Oh ya, sesampai di hotel, aku juga mula2 dah bertekak dengan amoi kaunter hotel tu.. Nak ikutkan, aku telah pon tempah bilik superior yang boleh memuatkan sehingga 4 org dlm satu bilik.. tapi mmg semasa membuat tempahan, aku hny menyatakan hny 2 org shj yg akan tinggal di bilik tersebut.. Tak sangka pulak, setiap single head are counted, tak mcm hotel msia atau hotel china, yang duduk la ko seramai yg boleh.

So mula-mula, amoi tu mintak 7usd bg 1 hari tambahan..setelah aku merayu, dapatlah 4usd x 3hari.

Untuk hari kedua, aku bercadang ke Chu Chi Tunnel (half day trip). Yuran trip ni dibayar terus di  kaunter hotel tu, 9usd perhead. dan bayaran masuk sebanyak 90,000 dong/pax. Kalau utk ke Sg Mekong pulak katanya 12 usd perhead (full day trip) tapi memikirkan nnt tak de masa lak nak shopping, aku mengambil pakej ke Chu Chi tunnel shj.

Hari kedua - 7.30am - Ada bas dtg pickup depan hotel. (Tetuan travel)
 Memulakan lawatan ke kilang kraftangan..Barangan sgt mahal so kami hny cuci mata sblm ke chu chi tunnel.

Kraftangan yang dibuat drpd kulit telur dan kulit kerang2an..sgt halus dan kemas.






 Melangkah ke dalam chu chi tunnel.Perjalanan dalam sejam lebih dari hotel tidak termasuk yang dah singgah tempat kraftangan tu.



 Laluan terowong.

 
Perangkap samar





Kenalan baru.Cikgu dari Temerloh..duduk kat dalam bas sama dgn dia.

 Pokok2 buahan yang sgt gemuk2 dan byk sekali buahnya..Maklong ngn mak mmg jadi hantu buah la kat sini, keje membeli buah je kitorang smp tak pyh makan nasi.

 Setelah balik dari trip tunnel.kelaparan.Itupon mulanya travel agent tu nak soh kitorng jalan kaki dari ofis dia ke hotel..setelah aku membebel bgtau yang amoi hotel janji blik smp hotel, travel agent tu pon tahan taxi dan bayar cab aku tu.
 makan di VN halal.. Makan tiga orang lebih kurang 450,000 dong

Dalam bilik hotel, dah bersiap nak balik dah..

Antara tudung yg sempat dibeli..tapi tak best pakai pon, sbb tak try dulu.




Beli spek mata hitam Gucci siap dengan power, hny 550,000 dong shj..murah bangat..
Hasil barangan yg dibeli..berderet bag2 yg ada..beli kain cotton, telekung dan baju kurung manik a kebanyakannnya.


The end...hubby tak bg dah dtg sini...huaaaaaa

Thursday, April 4, 2013

Marathon Trip

Marathon trip Air Asia 2013 masih belum berakhir.

          5-11   Jan 2013    Guangzhou - DONE
      23 - 27 Mac 2013    Guangzhou - DONE
30Mac - 1 April  2013   Ho Chi Minh - DONE
          11-13 Mei 2013   Jakarta - belum lagi

Jadual yang agak padat..pasni tidak disarankan lagi pada diri sendiri untuk membooking tiket air asia tanpa persetujuan my lover dulu..nanti kena marah hokehh...keizinan dari my lover itu sgt penting..

Tuesday, March 19, 2013

Preparation Nak ke Saigon dan Guangzhou

Hujung bulan ni akan ke Ho Chi mInh lg buat kali kedua..kali ni gi ngn mak n maklong, bertiga ajer..
So mcm biasa, dgn otak yg tak berapa nk fokus sbb sebelum berlangsungnya trip ke vietnam ni, aku in shaa allah akan ke guangzhou dulu mengikuti rombongan cikkiah..

Beberapa preparation yang penting sebelum keluar negara, keperluan makanan, menyediakan maklumat dan lain -lain perkara supaya perjalanan menjadi lebih mudah dan lancar juga memastikan trip ini adalah trip yg terjimat..

1) Itinerary - Sediakan jadual, draft lebih kurang ttg temapt2 yg nk pergi dilawati spy blh estimate masa dan kos transport.

2) Alamat/peta - kalau ke guangzhou memadai lah prepare name kad or alamat (dlm bahasa cina ) aje sbb kalau map pon tak reti2 pon nak baca sbb lokasi bdr guangzhou yg terlalu besar dan nama2 tmpat yg semuanya seakan-akan sama jek.lagipon kalau silap sebut perkataan bahasa cina, blh memberi maksud yg berlainan..

Utk trip ke vietnam, aku dah prepare puzzle map yang dibuat utk aku sorang je kot yg faham.



Map yg telah siap dicantum
 Map yg telah siap difotostat ke A3 supaya sng nk carry


p/s gambar ini adalah selingan

3) pasport - pastikan tarikhnya expired at least 7 bulan lg (patutnya 6 bln) utk lebih selamat.. Visa juga dibuat awal utk ke guangzhou.

4) Booking hotel - rupanya booking online lagi murah kot..aku dah booking melalui agoda.com utk hotel di vietnam..utk ke guangzhou, hotel tmpt slalu tu je la, malas nk pikir tmpt lain.

5) prepare luggage dan keperluan makanan/makanan

6) Duit jgn lupa!!tukar secukupnya...kalau tak cukup, pepandai la nak berbajet...kalau nmpk barang berkenan di hati tu, senyum dan bergambar je lah, jadiklah la kan..