Thursday, April 4, 2013

Painting Activity

Raisha Khadijah 
My Lovely Daughter

Raisha ni memang suka mewarna dan melukis.
So semasa di Guangzhou, ibu belikan raisha painting kit.
tak mahal pon..tapi hanya beli 4 set jek..kejap je raisha dah siapkan smua painting tu.
lenkali ibu pergi, ibu beli byk2 ek.





9 TANDA ANAK PINTAR.......(sumber facebook)

1. Ingatan yang kuat. Anak pintar mampu mengingati banyak perkara, tidak seperti kebanyakan kita yang selalunya 'masuk telinga kiri,... keluar telinga kanan'. Contoh dari NAGC (National Association of Gifted Children); "Seorang anak berusia 6 tahun yang pulang dari muzium angkasa, melakar kembali gambar rajah roket yang telah dilihatnya dengan tepat."

2. Memiliki minat yang luas. Anak pintar mempunyai minat dalam berbagai bidang. Minat mereka berubah-ubah mengikut masa. Contoh; bulan ni mungkin suka dengan dinosaurus, bulan depan suka aerospace dan seterusnya.

3. Menulis dan membaca lebih awal. Seorang anak pintar mungkin boleh membaca dan menulis lebih awal dengan sendiri tanpa pengajaran formal.

4. Berbakat dalam bidang seni. Anak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni dan muzik sering dianggap pintar. Anak yang boleh melukis, menyanyi dengan sempurna, atau dapat menghasilkan bentuk persepsi seni yang tinggi adalah termasuk dalam golongan anak pintar.

5. Mempunyai konsentrasi yang tinggi. Biasanya budak-budak tidak mampu meluangkan masa yang lama pada sesuatu perkara (cepat bosan), tetapi anak pintar mampu memberi tumpuan yang lama pada sesuatau perkara yang diminatinya.

6. Memiliki kosakata tinggi. Biasanya anak-anak memang suka bercakap dan banyak bertanya, tetapi jika mereka mengunakan perkataan yang lebih maju yang kita sendiri jarang mengunakan perkataan-perkataan itu dan kena pada tempatnya, maka anak ini adalah anak yang pintar. Menurut NAGC "Anak berusia 2 tahun biasanya bercakap seperti 'Ada kucing' tapi anak 2 tahun yang pintar akan berkata 'Ada seekor kucing di belakang rumah dan ia sedang berkejar-kejaran."

7. Penglihatan tajam dan terperinci. Anak pintar mempunyai mata tajam. Anak yang lebih besar mungkin ingin tahu lebih terperinci tentang bagaimana segala sesuatu bekerja dan anak yang lebih kecil dapat meletakan kembali ketempat asal dimana mainan itu diambil.

8. Bertindak sebagai pengkritik sendiri. Pada umumnya anak-anak tidak kesah tentang diri mereka atau orang lain, kecuali jika kawan mereka memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Sebaliknya, anak pintar prihatin dengan orang lain, malah lebih lagi pada diri sendiri.

9. Memahami konsep yang kompleks. Anak yang sangat pintar memiliki kemampuan untuk memahami masalah yang kompleks, memahami hubungan, dan berfikiran abstark. Mereka mampu memahami masalah secara mendalam dan berfikir cara penyelesainnya.(

Marathon Trip

Marathon trip Air Asia 2013 masih belum berakhir.

          5-11   Jan 2013    Guangzhou - DONE
      23 - 27 Mac 2013    Guangzhou - DONE
30Mac - 1 April  2013   Ho Chi Minh - DONE
          11-13 Mei 2013   Jakarta - belum lagi

Jadual yang agak padat..pasni tidak disarankan lagi pada diri sendiri untuk membooking tiket air asia tanpa persetujuan my lover dulu..nanti kena marah hokehh...keizinan dari my lover itu sgt penting..

12th Trip to Guangzhou

Rombongan Cikkiah ke Guangzhou
23 Mac 2013 - 27 Mac 2013

Alhamdullillah, kali ni aku dapat membantu Cikkiah untuk menguruskan rombongan ke Guangzhou. Trip ini merupakan kali ke 12 la aku menjejakkan kaki ke bumi China. Walaupon dah byk kali pergi, aku masih belum jemu lagi untuk datang lagi ke sini, kerana mungkin shopping dan window shopping itu dah sebati dalam hidup ini.

Trip kali ni disertai oleh 7orang peserta dan 2 org tour guide yang professional iaitu Cikkiah dan Cik Raha a.k.a me le tu. Bermakna kali ni aku pon dapat berkenalan dengan 7 orang yang semua nya amat menyenangkan dan boleh bertolak ansur..

 Antara tempat borong yang dilawati pada trip kali ni adalah

1) Plaza Langsir/Cadar (Custommade)
2) Plaza Tekstil /Aksesori
3) Plaza Blouse
4) Plaza Barangan Elektronik (HP dan gajet)
5) Plaza Perhiasan Rumah
6) Plaza Handbag/Barangan Kulit
7) Plaza Kasut/Jam
8) Plaza Pakaian
9) Night Market - 3 tempat

Selain itu trip kali ni juga memberi bonus dengan membuat lawatan ke
1) Makam sahabat Rasullullah - Saad ibn Waqqas
2) Yuexiu Park - Memakai pakaian tradisi cina
3) Menaiki Cruise malam



Seronok bershopping...semua rasa nak beli..
ke Guangzhou ni tak semestinya untuk para peniaga jek..Sesiapa yang nak bershopping secara biasa-biasa je pon best jugak pergi tau..Memang berbaloii2222...
Atas Sekali tu gambar Cikkiah tgh shopping Kain Kusyen utk diganti pada sofa di rumahnya skrg.

 Beg - beg hand carry ini dibeli pada harga 120 yuen sahaja (tu pon agak mahal, sbb dibeli di night market, kalau dibeli kat plaza beg, harus lagi murah).. 
Di Vietnam, harganya RM 130 okehh!!!!
!tu pon puas tawar dan buat pelbagai aksi merajuk pada pekedaitu..


 Adik ni Ili Aida, membantu ibunya menyopping..

Melawat  makam Sahabat Rasullulah..KAwasan yg sgt tenang dan mendamaikan.

Menaiki cruise dan menikmati pemandangan..All include in rombongan Cikkiah Package ya.


Sesiapa yang berminat nak join next trip, blh la mengcontact ahkak ni ya
raha_1183@yahoo.com

OGAWA SLIMMING BELT

Ke Arah Menguruskan Badan


Keazaman untuk menguruskan badan sentiasa ada dalam diri ini..tambahan pulak en.suami a.k.a my lover itu slalu menasihatkan diri ini supaya mengkuruskan badan dan menjaga kesihatan.
Pada mulanya, dapat idea untuk mencari peralatan senaman bagi memudahkan melakukan aktiviti sit - up.
Lalu, tatkala pergi ke Tesco seremban 2 tu, termenyinggah la kat kedai Ogawa pulak..
Setelah terperngaruh dengan promo dari sales girl kat situ, akhirnya terbeli la pulak Ogawa ezi trim...Tapi bukan tu je yg dibeli, dengan air-purified utk dalam umah dan keta pon terbeli jugak.




Model di atas tanpa jemu dan selalu nak memakainya..Model ini pulak yg menjadi semakin selim melim manakala empunya diri yang memula nak beli alat slimming belt ni jarang dapat memakainya.. Setakat ini masih lom nak dapat bgitau feedback dan keberkesanan penggunaan slimming belt ni asbab lom dapat memakainya secara istiqamah.
OGAWA Ez-Trim Slimming Massage Belt

OGAWA exclusively introduce the first slimming belt Ez-Trim which comes with the Alternative AirPres Corset where airbag is created to shape the muscle immediately to achieve toning effect. The Oscillation Motion Vibration is invented to break down the fat globules into smaller particles where the existence of heat ensures detoxification during the workout process. The benefits are:-
  • Alleviate dropsy and digestive problems.
  • Helps promote easy excretion to achieve weight-loss.
  • Promotes blood circulation and hence improve metabolism.
  • Widest workout circumference.
  • Provide comfort and warmth to relieve pain includes menstrual cramp.

Tuesday, March 19, 2013

Kerinduan pada si dia

Orang kata , kalau dekat bau busuk, kalau jauh bau wangi..
dan aku pulak kata, tak kesah la bau busuk ke wangi ke, aku nak dekat je sepanjang masa sbb aku dan anak-anak sgt merindui dia dan memerlukan dia setiap masa.

Mencari rezeki yang halal, membesarkan anak-anak, menjaga ibu bapa dan keluarga, memiliki harta, mengejar cita - cita dan seterusnya sehinggalah tamat usia kehidupan manusia tu.. Semua perkara ni terjadi kepada setiap hamba Allah yang berbeza cara dan asbab yang terjadi saja.

Setiap takdir dan ketentuan dari Allah merupakan yang terbaik, cuma kita sebgai hambaNya perlulah pandai utk melihat perkara tersebut dari perspektif yang terbaik supaya mampu utk menggalas segala tanggungjawab dan ujian/dugaan tersbut..

Walauapapon kerjaya tak kira la si jurutera itu mahupon si pensyarah itu, kami mencari rezeki yang halal.. In sha allah dengan izin dari Nya nanti, kami akan dapat duduk semula sebumbung setiap masa dan ketika..

Aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi diriku, anak-anak dan sidia dari segala kejahatan dan kemalangan dalam bentuk jua cara dan dimana2 sekali pon dalam setiap masa..


Preparation Nak ke Saigon dan Guangzhou

Hujung bulan ni akan ke Ho Chi mInh lg buat kali kedua..kali ni gi ngn mak n maklong, bertiga ajer..
So mcm biasa, dgn otak yg tak berapa nk fokus sbb sebelum berlangsungnya trip ke vietnam ni, aku in shaa allah akan ke guangzhou dulu mengikuti rombongan cikkiah..

Beberapa preparation yang penting sebelum keluar negara, keperluan makanan, menyediakan maklumat dan lain -lain perkara supaya perjalanan menjadi lebih mudah dan lancar juga memastikan trip ini adalah trip yg terjimat..

1) Itinerary - Sediakan jadual, draft lebih kurang ttg temapt2 yg nk pergi dilawati spy blh estimate masa dan kos transport.

2) Alamat/peta - kalau ke guangzhou memadai lah prepare name kad or alamat (dlm bahasa cina ) aje sbb kalau map pon tak reti2 pon nak baca sbb lokasi bdr guangzhou yg terlalu besar dan nama2 tmpat yg semuanya seakan-akan sama jek.lagipon kalau silap sebut perkataan bahasa cina, blh memberi maksud yg berlainan..

Utk trip ke vietnam, aku dah prepare puzzle map yang dibuat utk aku sorang je kot yg faham.



Map yg telah siap dicantum
 Map yg telah siap difotostat ke A3 supaya sng nk carry


p/s gambar ini adalah selingan

3) pasport - pastikan tarikhnya expired at least 7 bulan lg (patutnya 6 bln) utk lebih selamat.. Visa juga dibuat awal utk ke guangzhou.

4) Booking hotel - rupanya booking online lagi murah kot..aku dah booking melalui agoda.com utk hotel di vietnam..utk ke guangzhou, hotel tmpt slalu tu je la, malas nk pikir tmpt lain.

5) prepare luggage dan keperluan makanan/makanan

6) Duit jgn lupa!!tukar secukupnya...kalau tak cukup, pepandai la nak berbajet...kalau nmpk barang berkenan di hati tu, senyum dan bergambar je lah, jadiklah la kan..


Monday, March 18, 2013

My NEw hobby

 LET'S GARDENING
Weekend ni dimulakan dgn sesi penanaman pokok atau lebih tepat sesi mengalihkan pokok dari bekas asal yg dibeli ke pasu yg lebih besar..Aku mmg suker juga pada pokok2 dan tumbuh-tumbuhan esp yg hijau ni kerana mendamaikan dan menyegarkan pengudaraan..
Sebenarnya tetiap kali pindah rumah baru, mmg suka beli pokok baru..
Pastu dah boring a.k.a tak reti jaga, mula lah bagi kat org.




Antara pokok - pokok yang ada..Semua nama pokok yang baru dibeli ni masih belum dpt dikenalpasti.
Harap2 pokok2 ni nak la tumbuh dan membesar dengan sihat.Harapan kali ni, nak melihat pokok -pokok ni dapat bercambah dan membiak dgn jayanya.. In Sha Allah, kali ni dah berazam akan jaga elok2 , takkan bagi kat orang lain dah, dan bercita - cita nak buat mini garden suatu hari nnti.

Oh ya, aktiviti gardening adalah aktiviti yang menyihatkan sebab boleh mengeluarkan peluh.

p/s: kepada En.Firhan, pokok - pokok ini amat memerlukan bantuan mu..Sila tlg jaga skali ya..