Monday, June 24, 2013

Jom wayang lagi..

Kali ni, disebabkan cuaca berjerebu, so aktiviti outdoor sgtlah tak digalakkan.
Kebetulan citer Monster University dah klua kat wayang, so kami decide nak pi menonton la.
Dalam hati cam tak konfiden, blh ke rifhani ni dok diam..jgn menjerit2 n nak berlari sakan dalam panggung udah ler.

 
Mula-mula just beli 1 set je popcorn. so seperti biasa lah, rifhani menconquer sorang jek.
terpksa ibu plak klua mmbeli lg satu set utk raisha.


Sejam yg pertama, alhamdullillah rifhani sgt behave, walaupon sesekali ada gak terexcited menengok citer ni..antara yg dia cakap 'citer ni dah ada kat umah'..oh anakku, di rumah itu cerita monster inc. 
 Masuk jam kedua, setelah separuh citer tu, rifhani dah gelisah dan mula la nk membuat pelbagai aktiviti.. SO ibu terpaksalah, walaupon tanpa rela, menakutkan dia, tak blh main2 dalam gelap..ok, nasib baik dgr kata dan behave..so dok berlegar tepi2 kerusi ibu je la.

after dah abis wayang, blh bg 5 star pd behave kakak, n 4 star pd adik..so maksudnya lenkali leh tgk lagi citer kartun kat wayang ya.

(muka boring kena tggu abah gi toilet)


Hidung oh hidung

Balik ptg jumaat, seperti biasa terus nak pergi pasar malam dekat je ngn umah.
Then sesampai di tmpt kejadian, Rifhani mcm biasa la nk berkepit dgn abah sahaja ok.
Maka ibu ngn raisha pon berjalan dulu di depan.
Suddenly abah memanggil dgn cemas. Ingtkan kenapa, rupanya sambil tunjuk ke lubang hidung rifhani, ada something mcm guli kecik berwarna hijau tersumbat dlm lubang hidungnya.
nak suruh dihembus, rifhani makin sedut ke dalam.
nak di korek keluar, jari jemari ibu yg comel ni tak muat la pulak kan.
so segera bergerak ke bhgn kecemasan hospital besar seremban.

huh..di kala maghrib itu..
syukur alhamdulillah, takde apa2 yg cedera dlm lubang hidung rifhani..
risau jugak.
kejap je proses keluarkan benda kecik tu pakai penyepit.
huh..mmg mencemaskan.
nasib baik ler pihak hospital memberi tindakn pantas.

ni la budaknya..adoyaii..camne la nak jadik kakak ni..

Wednesday, June 19, 2013

Anak abah


Bangun tido carik abah
nak tido carik abah
nak mandi ngn abah
nak abah buatkan susu
dalam keta pon nak menyandar pegang abah
semua nak abah je layan budak kecik ni sorang
RIFHANI ASIAH
 






Tuesday, June 18, 2013

Minggu ke 12

Kalau melihat kepada gambar diatas, pembesaran bayi pada minggu ke 12 lebih kurang sebesar genggaman tangan ibu kot.. maksudnya, masih kecil lagi, dan normal kalau perut masih tak nampak..tapi perut ibu telah kelihatan agak membesar, mungkin disebabkan ibu yng mmg besar.

setakat ni, kehamilan hanya mengurangkan selera makan ibu sedikit..lebih nak makan makanan yang berkuah dan bersuap..rasa muak tgk ayam, telur, fast food..rasa rindu nak makan masakan emak di johor..owh, semuanya cerita pasal selera dan pemakanan sahaja..hehehe...

susu utk pregnancy kali yg dipilih adalh susu enfamama vanilla, pas abis ni nak try jenama dan perisa lain lak lah..

Raisha dah semakin memahami, didalam perut ibu ni ada baby yg sgt kecil kecil, tggu masa besar nnt baru blh kluar.



new uniform

Dah dpt uniform baru. adik lom nak pakai lagi, Raisha je yg semngat nak pakai.

my little caliphs
muka baru pas mandi 6.30am.terus nak minum susu dlu, baru blh sikat rambut.
tudung sekolah pon ada, tapi mggu ni lom nak pakai lagi.



Tuesday, June 11, 2013

Tengok wayang

Last Jumaat after kena minum air gula, utk first time, then doktor bg aku MC.
so apelagi, dah dpt MC, pjg ler akal ni nak buat mcm2 aktiviti..tetiba cam teringin nak tgk wayang, tapi klu tgk sensorang, cam boring la kan.. cek2 kat website tgv seremban2, ada cite kartun, bolehlah ajak Raisha teman ibu. (terpksa tgglkan adik di taska juga, sbb kalau x ibu ni tak leh concentrate tgk wayang).


Kartun Epic
tapi Raisha cam tak berapa minat kartun ni sbb karakter kartun manusia..
dia lebih suka karakter animal atau imagination karakter.




 muka excited dpt tgk TV yg besar ni..after abis tgk wayang, bgtau nak dtg tgk lagi .
ok kite tggu cite montster university lak ya.


Wednesday, June 5, 2013

1st Antenatal Checkup

Alhamdullillah, dah pergi buat buku merah utk my 3rd baby.
Walaupon aku dah bawak buku merah lama, yg kakak2nya punya,
rupanya ada jugak la dokumen lain yg perlu dibawa,
cthnya, sijil perkahwinan, bukti menunjukkan aku dah check yg aku ni pregnant..
Mujurlah nurse kat KK Sendayan tu okeh shj, dan tak byk songeh, so blh je la proceed utk membuat buku merah baru.

Kali ni nak buat buku merah agak lama la jugak ya.



Buku merah Raisha Khadijah Mohd Firhan

Buku merah Rifhani Asiah Mohd firhan
Buku merah 3 rd baby (lom ada nama)
Sgt bernasib baik, sebab en.firhan ni mmg cermat orangnya, dia lah yang menyimpan semua dokumen ni dgn baik..kalau nak harapkan aku, mmg dah hilang lah buku2 yang ada ni..

So smlm bermula dgn blood test, HIV test, urine test, scan, checking gigi, check payudara, dan lengkap la jugak utk first time checkup ni. amik masa 1/2 hari la jugak..
so next checkup on lusa, kena minum air gula okehhh.

New Life of Me and my famili

Hahaha..takde la new sgt pon..
Bukannya baru, cuma keadaan telah berubah..
Alhamdullilah, on 3rd June 2013, en. suamiku, Firhan yang hensem itu, telah pon melapor diri ke Poli PD, dan dapat pulak Jabatan KEjuruteaan Awam yang diidamkan selama ini.

While my kids, both Raisha and Rifhani, mula masuk ke Taska baru.
Dekat je ngn rumah. So kalau time ibu cuti pon blh htr diorang ke sana, takde masalah jauh di tempat keje lagi..hehehe

Malam - malam sebelum ke taska baru pon dah praktis dialog utk kejut mereka, esok pagi bila bangun kena mandi, so takde lah diorang bangun tu nak mengamuk taknak mandi..
so by now, tiap - tiap malam sblm baca doa tido, ibu akan baca dialog utk kejutkan kakak iaitu
" kakak, bangun, jom mandi, kita nak pergi sekolah ni".
Alhamdullillah, setakat ni cara ni mmg berkesan, dia bangun pagi2 takde nak mengamuk, terus bangun dan nak mandi..



Taska Little Caliphs Sri Sendayan.. So far yuran pon sgt berpatutan dan tidak menyebabkan ibu bapa mengalami heart attack akibat dengar yuran registration yang kalah nak masuk ke universiti oversea tanpa biasiswa..hehehe

dah lama dah mmg niat nak htr anak-anak ke taska ni, alhamdullillah tercapai jugak, dan allah telah mudahkan segalanya.

My cousin's Wedding

1 June 2013
Dewan Guthrie Bukit Jelutong

Awal - awal pagi aku dah bangun dan bersemangat mengejut semua orang dalam rumah untuk bersiap -siap ke ayid's wedding maklumlah bukit jelutong tu agak jauh la dari seremban, kang tak sempat pulak nak join rombongan keluarga untuk masuk bersaing-saing ke dalam dewan.

Pukul 10.30am dah keluar rumah, singgah jap breakfast then terus ke dewan.
Dalam kol 12.15 dah smp dewan tu.





 Ayid ni merupakan antara cousin aku yang agak rapat dikala kami masih bebudak dan remaja.
Dedolu time raya je, lepas dapat kutip duit raya seround, confirm kami akan pergi tengok wayang secara berjemaah.

Tahniah kepada ayid dan wife nya yang cantik Fareesya kerana telah membina masjid, dan aku sbg keluarga sgt mendoakan kebahgiaan diorang, berharap mereka bahagia, kekal dan diberkati dunia akhirat dan membina generasi serta keturunan yang beriman.





 PAsangan yang sama cantik dan sama padan.TAHNIAHHH..