Friday, March 25, 2011

check up time for little hani

on 23 march 2011
adik hani telah dibawa ke klinik desa indera mahkota
utk check up + injection 3 serangkai dos kedua.

wahh..berat adik makin naik,
alhamdullillah dah 5.4kg (ibu pulak makin kurus dan bertambah comel)
mcm biasa,
smua anak2 ibu mmg kuat, so masa kena inject, 
just menjerit sikit, 
pastu dah ok..

ohh..kakak raisha juga telah dibawa
check up gigi,
saja - saja je nk minta advise doktor 
cara macamane nak jaga gigi raisha
(amat risau spy giginya tak ikut cam gigi ibu)
hihihi..masa doktor nak tgk gigi raisha, dia agak takut,
dan hny mendiamkan dirinya..
terpaksa abah yg peluk utk calm down..

Hepi besday Raishaaaaaa...


RAISHA KHADIJAH MOHD FIRHAN

Alhamdullillah,
syukur kerana anak ibu yg comel ni telah masuk berumur 2 thn on 13 mac 2011.
rasa tak percaya pon ada,
macam sekejap sgt masa berlalu,
saat2 melahirkan raisha masih segar dlm ingatan ibu.
kini dah 2 tahun berlalu,
banyak benda yg raisha dah belajar,
dan sedang membesar dgn sehat dan semakin bijak bertutur.
comel dan cantik (ikut ibu la tu)

on her besday, takde buat sambutan pon, just beli kek coklat.
next week baru ada sambutan besday 
kat johor beserta kenduri yg telah disponsor oleh 
nenek + paklong raisha.

semoga anak2 ibu
membesar dgn keadaan yg penuh dgn keimanan
membesar mnjadi manusia yg berguna dan berilmu
yg pling penting taat perintah allah

 sambut besday kat umah tok kat jb

adik hani yg sgt comel ini, baik je ketika majlis cukur jambulnya..
(baju ni baru je dibeli 10minit sblm majlis berlangsung)

"Cute Bersama Kek Birthday"



kalau nak join klik banner ni k


My beloved daughter's birthday - 13 march 2011
(2 years old)

Masa ibu merandungkan mengandungkan raisha,
jangkaan bersalin adalah pada 30 Mac 2009.
Bulan Mac 2009 tu jugak, my big bro,
dah cadang nak langsungkan perkahwinannya
on 13 Mac 2009.
Ibu dah pesan kat dia, yg ibu akan bersalin on 30 Mac 2009,
so make sure buat before tarikh tu(2-3 mggu awal),
maklum la, bab2 hantaran dia,
semua ibu juga yg kena uruskan.


Seminggu before wedding tu, mmg ibu sebuk sgt la ke hulu ke hilir
nak siapkan semua benda..

Tu la, penat sgt uruskan byk perkara,
12 Mac tu ibu dah keluar tanda darah..
Hmm apelagi, mlm tu kena la masuk spital..
Dah la abah lak takde masa tu (atok pilah ada operation kaki on that 13 mac 2009).
mmg cuak la ibu, takut sgt nak beranak..

Esoknya, kol 9am, abah pon smp kat spital,
just b4 ibu nak masuk labour room,(perghh..nasib baik smpt jumpa)..
by jumaat tgh hari tu kol 12.27pm, raisha khadijah mohd firhan pon selamat dilahirkan.



hmm..of course la kan, ibu tak dapat pon join wedding my big bro ni..
dia akad nikah pas solat jumaat..

my happy famili on 13 March 2009
(uwaaaa...masa ni ibu baru pas kuar labour room, takde org pon melawat ibu, abah je sorang2 teman ibu)

hihi, pas abis je majlis, diorg pon cecepat dtg spital melawat ibu lak..
mmg satu rombongan pengantin laaaa..


so, mmg pengalaman yg takkan dilupakan oleh semua famili kita la..
org sibuk nak uruskan abg nak kawin, ibu pulak sibuk nak terberanak..
hahaha...so kalau smbut besday raisha, bolehlah sambut anniversary my bro a.k.a paklong raisha
kan..kan..kan...jimat sikit nak buat kenduri..hehehe..



dan 13 Mac 2011 yg lepas, raisha sambut besday ke 2..
dan penaja utk sambutan besday,
sape lagi...mcm yg ibu bgtau kat atas tu laaa..
jimat..mmg jimat....hehehe..
bertuah betul lahir 13 mac..

ibu : rahmah abdul halim
telah melahirkan
raisha khadijah binti mohd firhan
pada
13 mac 2009


ibu nak tag:
kak nurul
along

Friday, March 11, 2011

CARA MENYEDIA SUSU RIFHANI


CARA MENYEDIA SUSU RIFHANI (expressed breast milk)
1- Keluarkan botol susu dari bekas dan simpan botol susu di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.

2- Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1,2,3,4,5,6.

3- Pasang puting.

4- Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR PANAS DARI BOTOL THERMOS. Biarkan seketika.
               Atau
   jika air bersuhu 800c - 1000c perlu dicampur air masak biasa.
  (sukatan –  1 cawan air panas suhu 800c - 1000c + 2 cawan air masak)
   –jgn guna air paip(utk elak    tercemar)

5- Periksa suhu susu. (max 400c ) JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang sahaja.

6- Lapik kain lampin dibawah dagu Rifhani.

7- Baca Bismillah

8- Pegang botol susu semasa susu diberikan.

9- Setelah selesai, BURP Rifhani.

10- Bilas botol susu dan cuci puting.


Susu yang tidak habis boleh disimpan dan diminum dalam masa 1jam. Buang setelah tamat 1 jam.

TIDAK BOLEH:
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.


PERINGATAN:
1.Kalau susu tak cukup, JANGAN diberi apa2 termasuk air masak kosong, sila call saya, saya akan hantar bekalan susu).
2. Sekiranya BLACK OUT, sila call/sms saya, saya akan hantar ais utk maintain suhu susu yg belum diguna.

Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-7770795

Terima kasih banyak-banyak Yaa..