Sunday, January 23, 2011

dah abis berpantang

berpantang 40 hari je kan?
so dah abis la kiranya.
tp masih ada hajat ibu yg belum dpt ditunaikan.
ibu nak sgt cukurkan botak Hani.
sblm mengandungkan hani pon,
 mmg ibu dah bercita-cita nak cukur botak anak -anak ibu utk ikut sunnah.
semasa time raisha dulu, mmg agak terkilan x dpt nk botakkan dia.
time Hani?????

alamak..
ibu masih belum membuat stok EBM(susu perahan).
cuti masih ada byk hari lg, sbb kali ni ibu dpt bercuti selama 90 hari.
OH JGN BERTANGGUH YA!!!
(pesanan utk diri sendiri)
sbb mengepam amat memerlukan ketenangan.
tak tiap2 hari dapat bertenang kan??
ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa merindu..

masa berpantang di jb,
tiap2 hari, 
bila bgn tido - ibu berharap agar masa x bergerak,
supaya ibu sentiasa dlm berpantang dan dapat duduk bersama mak+bah ibu selamanya,
bila nak tido pulak - klu blh biar la cepat masa berlalu,
sbb x sabar nak jumpa abah.
Dalam hidup ni, kita blh senaraikan mcm2 harapan kita,
tapi tak semua akan dpt dipenuhi.
Apapun hargailah apa yg kita ada,
jgn sampai menyesal atau kesedihan.

mode jiwang


LOVE
blh dipermudahkan atau blh makin complicated 
- bergantung kpd pasangan tersebut.

Kadang2 'dicintai' tu dapat dirasai.
tapi kenapa kadang2 mcm x rasa?
perlu ke sentiasa diluahkan secara direct supaya cinta tu dapat dirasa?
atau cukup sekadar faham sendiri yg diri kita dicintai?

Mencintai pula mmg dpt dirasa 
melainkan perasaan cinta tu telah tiada.

hmm..sgt subjektiff..
terpulang pada masing-masing utk mentafsirnya.
ibu pon kdg2 rasa keliru?????

car seat scr7

Carseat SCR7 ni dah lama beli,
before raisha lahir lagi.
tapi dek x reti nak pakai + x membiasakan pakai,
end up duduk tersimpan kat bilik blkg je.
so skrg ni ibu nak train hani utk duduk dlm carseat ni bile kite gi jalan2 menaiki kereta.
 smlm, from jb to k.pilah, dah try pon 1st trial. haha..tp yg kelakonya x reti pakai jugak.
xpe2, ibu google je la kat tenet ni cara nak pakai, kan senang..
pasni senang r klu kite nk jln2 berdua je(raisha ngn abah jgn marah ye klu kena tggl).



Stroller idaman ibu..
SCR5 or SCR 6.
seat tu blh dicabut utk letak SCR7.
tapi belum nak beli lg sbb dah ada stroller lama yg masih elok.


LK-2R Bravo alu. Stroller


Net Weight:7kg
Features:
Suitable for newborn to 4 years old
Stylish lightweight aluminum frame
Reversible handle for rearward and forward facing
3-position adjustable backrest for complete flexibility

Saturday, January 22, 2011

Bye-bye JB..

Genap hari berpantang hari ke 40, abah pon dtg mnjemput ibu sperti yg telah di plan. 
Kite balik ke umah atok+nekwan kat k.pilah pulak.

Ibu rasa teramat sedih utk tgglkan mak+bah ibu a.k.a atok JB.
Bukannya senang nk dapat balik Jb.
Apatah lagi nk stay lama-lama kat situ.

Walaupon berat rasa hati nk melangkah pergi, setelah 35hari dilayan oleh mak ibu,
tp sbg isteri yg taat, ibu perlu patuhi perintah abah.
Ibu amat bersyukur kerana mak dan bah ibu masih dipanjangkan umur dan dapat
melihat cucu-cucunya.
Atok amat2 manjakan raisha dan amat menyayangi raisha.
Dia langsung x benarkan sesiapa memarahi raisha.
Sepanjang berkampung kat umah JB ni,
ibu, raisha dan hani ditatang bagai minyak yg penuh.

Pasti ibu akan amat2 merindui mak dan bah ibu.
Ibu akan merindui masakan mak ibu.
Ibu akan merindui adik-beradik ibu yg lain.
dan ibu rindukan kenangan2 ibu semasa masih duduk di jb.

Ibu berharap akan dpt slalu balik ke jb utk mnjenguk 
mak dan bah ibu.
walaupon x dpt nak mnjaga diorang, sekurang-kurangnya ibu 
nak diorang tenang dn gembira melihat anak dan cucunya bahagia.

Jasa mak dan bah ibu terlalu byk utk membesarkan ibu
dan takkan dpt dibalas dgn wang ringgit.

Kepada anak-anak ibu,
raisha dan hani,
ibu dan abah mengharapkan anak-anak kami 
menghormati dan menyayangi kami
sehingga ke akhir hayat kami.
Hanya itulah yg diharapkan oleh setiap mak ayah.

Tuesday, January 18, 2011

Raisha Khadijah

Raisha Khadijah Mohd Firhan

 
                       Newborn (13 Mac 09)                         3 bulan
1 tahun 10 bulan
(dah pandai merajuk)



SHOPPING AT EAST COAST MALL

Ni gmbr ibu tgh gendong raisha yg nyenyak tido.
Skrg ni klu gi ECM, dah xdpt nak gendong dah, raisha dok berlari je kejar mainan.

Monday, January 17, 2011

Anak - anak semakin membesar

Tahun 2011 ni tahun yang agak mencabar bagi ibu.
Dengan kehadiran anugerah yang amat berharga dalam hidup ibu,
iaitu yang amat dicintai (chewah..jiwang la pulak..)
Mohd firhan + anak - anak ibu,
bererti ibu perlu lebih tabah dan rajin untuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya.
Oh..tak lupa juga dgn bisnes kecil-kecilan ibu.
Azam ibu tahun ni semestinya utk jadi lebih baik dari sebelumnya.
Misi ibu utk menyusui anak-anak ibu dgn susu badan sehingga tempoh yang dituntut dalam Islam.
Menjadi isteri yg taat dan sentiasa diredhai suami itulah matlamat hidup ibu hingga ke akhir hayat.
Mendidik dan membesarkan anak-anak dgn penuh kasih sayang.
Di samping tak melupakan mak dan bah yang sgt berjasa dlm mnjadikan ibu seperti skrg.

Ibu amat memerlukan sokongan dan dorongan abah(firhan) utk mencapai segala yg diimpikan.
Raisha akan berusia 2tahun bulan 3/2011 ni.makin membesar dan da byk mempelajari perkara2 yg berlaku disekeliling dan yg diajar. Ibu dan abah berharap raisha akan membesar dan boleh diharap utk mjaga adik Hani kat sekolah ya.
Hani berusia 35days.
Semakin comel dan semakin bijak.
Dah boleh dgr dan nmpk, trsenyum bila ibu mengagah.


Melihat anak-anak membesar dgn sehat dan sempurna
menjadi harapan ibu dan abah setiap masa..
Raisha + Hani mnjadikan hidup ibu dan abah lengkap dalam dunia ni.
Doa ibu dan abah
agar anak-anak kami membesar dgn penuh keimanan dan mnjadi anak-anak solehah.
AMINNNN..insyaallah

Check up sebulan + postnatal

Hani dan ibu ke Klinik Kangkar Pulai ptg tadi sbb ada appointment bagi check up + suntikan utk sebulan. Ibu pulak check up utk postnatal after sebulan deliver Hani.

Semua ok, ibu dan Hani sehat.Checkup postnatal sama seperti check up prenatal (masa mengandung), - air kencing, Hb, blood pressure .berat badan (ohh tidakkk...ibu semakin berat..bile nak kurus ni..lepas bersalin ni mmg kuat makan..maklumlah menyusukan utk 2 org..hehe..alasan).

Hani dah makin membesar..from 2.65kg(berat masa lahir) -> arini 3.8kg..alhamdullillah..membesar dgn susu ibu sepenuhnya..mudah-mudahan diberkati allah darah daging anak-anak ibu+abah..

Suntikan Hepatitis B merupakan suntikan yg kedua yg diambil pd umur sebulan. Suntikan pertama diambil semasa lahir, bsama suntikan BCG+ hepatitis B. Oh ya, BCG di lengan Hani masih belum sepenuhnya,masih diperingkat awal-lepas ni akan menjadi sprti bisul,bernanah akhirnya kudis dan kering dengan sendiri..No need to worry ya ibu+abah, it is normal and no need to letak apa-apa ubat k.

Kena cucuk kat peha.
hani jerit sikit jek, masa kena cucuk jarum, pastu ok, terus jek tertido sambil menenen.

Ini la kakak yg comel.Berlakon jek ni hisap botol, tapi x penah habis pon susu ni.
Yela, susu nenen lagi beshh kan..

Muka releks je..Dah beso dah anak ibu abah ni..

Friday, January 14, 2011

Shuffle

Shuffle Dance
Raisha Khadijah + Maryam Humaira'


Raisha mmg terer r shuffle.Klu amik video mggunakan camcorder Panasonic abah yg baru tu, msti best..hehehe..
Percubaan pertama maryam utk cuba shuffle, masih memerlukan bimbingan daddynya.

Raisha semakin rancak mnshuffle, che' yam hny mampu melihat jek, tak larat nk buat.


Ni dancing ape yek??


Disebabkab keseronokan bershuffle, paklong terpaksa mmbawa raisha + che'yam keluar pintu spy dpt berhenti.

Wednesday, January 12, 2011

One month old

Hepi one month birthday to my little Rifhani Asiah..


Hani da pulih sepenuhnya dari Jaundice. Nak cerita pasal jaundis Hani, masa hari ke 2, nurse yang dtg checkup kat umah minta ibu refer ke Klinik Kesihatan Beserah utk check tahap jaundis Hani. If bacaan melebihi 240, kena admitted ke hospital. Oh, perkara yg paling ibu takut akhirnya terpaksa jua dihadapi..

Next day, bacaan jaundis Hani meningkat ke 320. So mmg kna tahan ke wad kat HTAA. Sedih sangat nak tgk Hani kena tido dalam inkubator bawah lampu UV sambil memakai spek mata melekat. Dah la kena cucuk jarum, masuk air mcm2 lagi la..Masa tu ibu pon kena stay skali kat wad sbb jaga Hani, dan direct breastfeed. Dengan keadaan ibu yg masih terlalu lemah dan sakit+takut jahitan terbuka, ibu gagahkan diri utk pastikan Hani dpt breastfeed sekerap mungkin.

Melalui kekerapan 'poo-poo', penyakit kuning dpt disingkirkan, walaupon susu ibu yg x berapa nk ada byk lg, tp disebabkan kekerapan direct feed, level jaundis Hani berkurang kpd 230 pd hari ke3 dlm wad. By afternoon tu, dah blh discaj.n ptg tu terus balik JB.

Walaubagaimanapon, jaundis Hani masih ada, cuma bukan ditahap yg perlu masuk wad la.Dalam beberapa kali, perlu pergi ke klinik utk check level jaundis, bg pastikan keadaan Hani bukan di tahap yg bahaya. Banyak je petua-petua yg diberitahu dpt menghilangkan jaundis..TAPI ibu jenis yang kurang percaya sgt, selagi tak dapat nak kaitkan petua-petua tu dgn secara logik.

Ibu hanya meneruskan penyusuan susu badan secara kerap kpd HAni. Lagipon itu la ubat terbaik apa-apa penyakit bagi baby di bwh 6bulan. Untill one day tu, my bro's MIL dtg ke umah utk melawat, dia advise utk 'makan makanan yg berkhasiat byk2, so that susu ibu penuh khasiat dan adik HAni cepat sehat'.

Oh - in that case, ibu pon terfikir, i need something yg berkhasiat..Lagipon instead of nk carik something yg brkhasiat, ibu pon nk try utk boost up susu ibu spy cukup +++ utk raisha n hani.Ibu meng'google' lalu tjmpa blog kak hasmah . Byk info psl bf yg ada kat sini, menaikkan semnagat ibu utk mcntohinya. KLU ORG LAIN BOLEH BUAT, IBU PON BOLEH JUGA..Mmm..mula2 tu confius antara nk try ESP or Trial Pack Breastfeeding SHAKLEE.

As advise by kak hasmah,ibu try dulu set trial pack. Bile semua khasiat2 vitamin tu ada dlm susu ibu, maknanya susu itu penuh khasiat la. So susu yg bkasiat ni ibu berikan pd Hani (Raisha pon merasa juga tau). Guess what??3 hari after consume vitamin2 trial pack ni, jaundis Hani mmg totally dah hilang..Macammne ya ibu tahu jaundis Hani dah ok? Actually, salah satu cara utk kesan samaada baby ada kuning ke x, , melalui mata putihnya. Baby yg jaundis, mata putihnya akan nmpk kekuningan. After 3hari consume vitamin Shaklee, mmg mata putih Hani telah putih berseri..hihi..teringat lak raisha yg susah betul nk disuruh gosok gigi, tp pas gosok gigi, mmg putih berseri..


Ni la trial pack yg dibeli dr k.hasmah.siap delivery door to door lagik.
http://ibuhakimhaikal.blogspot.com



Oh ya, since consume vitamin ni jugak, 'b' ibu dah x sakit lagi.mana taknya, b4 ni, everytime turn raisha nenen, msti 'B' ibu sakit, sbb dia akan hisap kuat2+ mggigit (agaknya sbb susu susah nk kua). So skrg, raisha xde lagi hisap kuat2 or gigit. dia nenen mcm biasa je(walaupon kdg2 ngeri jugak kot2 dia akan gigit). So i guess, flow susu ibu dah laju, meaning, susu pon makin byk jugak la kan..



Bile ibu pgg kamera,Raisha pon nk jugak amik gmbr, .Nasib baik la atok masih ada kamera yg dah x pakai, utk raisha guna.

Coklat oh Coklat

I Love To Eat Coklat


Bestnya kalau dapat makan coklat..mmg my feveret..
Masa mengandungkan Hani, hari2 mmg mesti nak makan coklat, sampaikan en. hubby pon terpengaruh dan slalu jugak menghabiskan coklat-coklat yang ada dlam stok.


Tuesday, January 11, 2011

Dah bersunat

Alhamdullillah, hani dah selamat bersunat kat klinik pagi tadi..harini hani berusia 29 hari. Hanya menjerit kecil sekejap je bila doktor mnyunatkannya. Lepas tu terus tertido smp ke ptg dgn nyenyak je. Cuma sesekali terjaga untuk menyusu.

Amalan bersunat bagi bayi perempuan adalah sunat sahaja.hukum berkhatan (circumcision) adalah sunat bg sesetgh mazhab dan ada mazhab yg berpendpt hukumnya wajib bagi lelaki.Manakala bg perempuan pula berkhatan adalah amalan yg baik. 

Sebenarnya berkhatan ni adalah asas kebersihan dan kini masyarakat kita telah mengamalkannya. Tapi masyarakat bukan Islam pun ramai yg telah berkhatan skrg ni.Ada juga yg berpendpt hikmah berkhatan dpt mengurangi risiko penyakit kelamin dan menjaga kesihatan tenaga batin. Setiap ajaran Islam tu ada hikmahnya dan mungkin kita tak dpt lihat dari mata kasar. Kebiasaannya berkahatn bg perempuan adalah ketika masih bayi manakala bg lelaki seblm umur akil baligh (<> 15 thn). Terpulanglah pd individu tapi sebaiknya diamalkan kerana setiap tuntutan & amalan yg baik itu ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. Wallahualam.

Sunday, January 9, 2011

Mengapa tandem nursing ?

Hari ke 27 dlm pantang dah klua gi ke umah Ateh ada kenduri arwah.
Biasa lah, waktu tengahhari, slalunya waktu utk raisha tidur, tp bile dah ramai org, dia pon jadi segar.
Tapi bile raisha tgk adik hani menenen, dia pon merengek2 nak nenen juga.

Ramai makcik2 yg terkjut tgk ibu masih menetekkan raisha.
Diorang memberi pelbagai petua utk suruh berentikan penyusuan raisha dgn alasan susu ibu tu sepatutnya hny hak adik..Ibu hny tersnyum.

Mengapa ibu masih nak meneruskan penyusuan raisha dan mengamalkan tandem nursing?

1) Hak penyusuan seorang anak adalah sehingga berumur 2 tahun.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya:
Maksudnya:
                  'Para ibu menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin
                  menyempurnakan penyusuan itu' : Surah AlBaqarah 2:233

2) Si kakak tidak merasa tersisih dgn kehadiran adik. Kakak tetap dipeluk dan disayang sama seperti adik walaupon kini ibu perlu memberi perhatian kepada adik sbb adik masih terlalu kecil.

3) Ibu nak sentiasa berdekatan dgn anak - anak ibu. Waktu bekerja ibu dan anak -anak terpaksa bjauhan dan slalunya bila dah balik kerja, ibu dan anak -anak, kepenatan, dan nk rehat, kurang dpt bermesra atau terhad utk melakukan aktiviti bersama. Namun dgn menyusui ibu, anak lebih mengenali ibu kerana everytime menyusu, dia akan merenung wajah ibu dan merasa selamat berada dlm pelukan ibu.

4) Ibu harap bila anak-anak membesar mnjadi anak yang taat perintah Allah dan mendengar cakap ibu dan abah.

Terlalu banyak la kebaikan dan sebab kenapa ibu masih nak meneruskan susu kan raisha dgn susu ibu.. Dan berharap dpt menyusukan adik Hani juga dgn sepnuhnya dgn susu ibu sehingga sekurang2nya umur 2 tahun.

Saturday, January 8, 2011

Praktis Mengepam dalam Pantang

Arini lambt skit nak update blog ni, hani masih lagi lom nak tido..hani nak nenen dari ptg td smp dah ke tgh mlm ni.

Ibu dah mula sesi mempraktis mengepam actually dah 3x. Tapi 1x je sehari..
Tujuan kite berlatih megepam/memerah semasa berpantang adalah utk membiasakan diri kite (supaya x kelam kabut bile kembali bekerja) DAN utk memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu. So, pd waktu2 tersebut la susu akan terhasil pd thp maximum. Body kite akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang…

Okay…antara sebab2 kite memerah di waktu berpantang adalah : -

1) Breast engorgement – pump untuk melegakan “B” yg membengkak

2) Bekalan sementara – Mungkin ada waktu-waktu yg kite terpaksa keluar dan meninggalkan bayi di rumah. So, kite boleh pump and tinggalkan susu perahan for our baby’s consumption.

3) Stock EBM - pump utk mengumpul stok susu perahan sebagai persediaan sebelum kembali bekerja.

Ni lah hasilnya.

stok susu yg dah dibekukan - 2 oz -sekali pam


Ibu amat bersyukur dgn hasil yg diperolehi..tak kire brp amount susu yg kite dpt pump/perah semasa tempoh berpantang, even kite cume dpt 0.5oz to 2oz per session, adalah dikire NORMAL.Mulai esok, ibu nak tmbh sesi pengepaman kpd 2x sehari..buat masa ni, lom dpt nak pam byk kali, still adjust utk sesuaikan masa menyusukan hani dan raisha(ibu masih menyusukan raisha, kirenya tandem nursing la)..

sesi 1 - 5am-6am- waktu ni hormon prolaktin dikatakan tinggi
sesi 2- mmm..ni lom tentu..tgk masa free..tp waktu ptg la.

  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek,pil asi dll(buat masa ni ibu tgh try trial pack supplement Shaklee)
  4. kurangkan stress
  5. berfikiran positif


Tak sabar nak abiskan pantang..dah dekat 3 mggu x jumpa en.suami a.k.a en. firhan..



Friday, January 7, 2011

My Lovely Daughters

Entri ni khas utk anak-anakku..

Kenapa ibu dan abah memilih nama anak-anak ibu dgn nama tersebut.
1)Supaya anak-anak ibu mencontohi peribadi mulia Saidatina Khadijah dan Siti Asiah.
2) Supya mnjadi peringatan kpd ibu juga utk jadi ibu dan isteri yang baik setiap kali menyebut nama-nama itu.



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]

Rasulullah s.a.w bersabda: ``Sebaik-baik wanita ahli syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah bin Muhammad, Asiah binti Mazahim (isteri firaun) dan Maryam binti `Imran.'' - (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).




My Lovely Daughter ( Setahun 10 bulan)
Raisha Khadijah binti Mohd Firhan


Raisha - Pemimpin kepada raja
Khadijah - isteri Rasulullah S.A.W
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.

Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.
Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.
Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
My Lovely Newborn Daughter ( 25days)
Rifhani Asiah binti Mohd Firhan
Rifhani - Kemewahanku
Asiah - isteri firaun - bonda angkat Nabi Musa AS

Isteri yang baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut Asiah, isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai seorang Raja Besar yang dikutuk Allah SWT, namun isterinya disanjung tinggi dalam Al-Quran. Isteri Firaun bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh Al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.

Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu. Asiah menyelamatkan Nabi Musa AS, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Nabi Musa AS. Dia beriman kepada ajaran Islam yang dibawa Nabi Musa AS. Semua manusia di lingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi secara diam-diam, dia menyembah Allah SWT.

Anugerah berharga dalam hidupku..



Dengan nama Allah,
aku nak memulakan menulis blog tentang apa - apa aje la yang aku rasa nak tulis..
Blog ini aku dedikasi khas utk anugerah y bharga dlm hidupku iaitu my beloved hubby dan juga anak-anak..




Semoga semua entri dalam blog ni, menjadi inspirasi dan ingatan buatku dan keluargaku.
Paling penting aku cuba nak kumpul kan perjalanan penyusuan dan masa membesar anak-anakku supaya tetap segar dalam ingatan sampai bila-bila.