Tuesday, April 23, 2013

Permohonan tidak berjaya lagi

Kali ni rasanya dah kali ke 5 or 6 permohonan utk bertukar oleh en.firhan melalui sistem ESiS JPP termasuk permohonan rayuan..Masih tidak berjaya. Aku redha dan masih akan terus berusaha agar dpt bsama dgn en.suami. "Sabar ya bang, kita bykkan bdoa lagi.." moh buat rayuan plak.....


Wednesday, April 17, 2013

My kecil Comel

Rifhani Asiah Mohd Firhan
Arini dah berumur 2 tahun 4 bulan dan 3 hari.
Keletah pelbagai yg menggeramkan dan vocab pon dah banyak.
Selalu buat ibu geram..
Sentiasa buat ibu rindu..

Bila datang angin tak nak pakai baju, dalam kereta pon dia tanggal baju!!

Raisha High Fever

 Ahad, 7 April 2013
Columbia Asia Hospital ,Seremban

Suhu : 41darjah
Kena admit dan masuk air sbb badan terlalu lemah.
At this time pon, rifhani pon sgt lemah, demam sedikit dan asyik tidor jek.

 Ceria walaupon kena cucuk jarum.
 Bosan..Baik colouring.
 Dah lapar sgt..sebelum ni tak berapa selera sgt nak makan. skrg dah ok sket nak makan roti.

Masuk hari ahad, 7 April 2012, keluar hari selasa 9 April 2013

2nd Trip to Saigon ( Ho Chi Minh, Vietnam)

Marathon trip after Guangzhou, China
30 March - 2 April 2013

This is my second trip to Saigon city. All preparation before coming here telah dibuat dengan lengkap.

Kali ni pergi dengan currency exchange yang mahal.
1 usd = RM 3.115
RM 1 = 6365 dong

So aku tukar pon tak banyak..tukar usd sikit, dong sikit, yg lain standby duit rm jek.

 PESERTA SETIA ROMBONGAN CIK RAHA
 
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MY MOM AND MAKLONG
Ini merupakan kali pertama mak naik kapal terbang..dia tak cemas pon, tapi aku pulak yg rasa cemas utk dia, nasib baik dpt duduk sebelah menyebelah, so dapat la aku nk tgk2 dia.

First day sampai airport, dalam kol 4 lebih waktu tempatan, trus amik taxi yg berkupon.. Kaunter lady yg sgt kerek tu memaksa aku utk membayar RM 40 bagi tambang taxi ke Antam Hotel. Aku pon bertanya kalau dalam Dollar pulak berapa? Hanya 10usd (RM31.15) shj..kan byk beza tu. Kat sini mmg kena tny ketiga-tiga currency, baru blh bayar, kalau tak, nnt rasa rugi pulak.

Rupanya kadar tukaran asing kat sini masih murah lagi terutama dari ringgit nak ke dong
RM 1 = 6750 dong..byk beza tu kalau nak compare dgn rate yg aku dpt kat malaysia.. nasib baik aku tak tukar banyak sebelum ni..

Oh ya, sesampai di hotel, aku juga mula2 dah bertekak dengan amoi kaunter hotel tu.. Nak ikutkan, aku telah pon tempah bilik superior yang boleh memuatkan sehingga 4 org dlm satu bilik.. tapi mmg semasa membuat tempahan, aku hny menyatakan hny 2 org shj yg akan tinggal di bilik tersebut.. Tak sangka pulak, setiap single head are counted, tak mcm hotel msia atau hotel china, yang duduk la ko seramai yg boleh.

So mula-mula, amoi tu mintak 7usd bg 1 hari tambahan..setelah aku merayu, dapatlah 4usd x 3hari.

Untuk hari kedua, aku bercadang ke Chu Chi Tunnel (half day trip). Yuran trip ni dibayar terus di  kaunter hotel tu, 9usd perhead. dan bayaran masuk sebanyak 90,000 dong/pax. Kalau utk ke Sg Mekong pulak katanya 12 usd perhead (full day trip) tapi memikirkan nnt tak de masa lak nak shopping, aku mengambil pakej ke Chu Chi tunnel shj.

Hari kedua - 7.30am - Ada bas dtg pickup depan hotel. (Tetuan travel)
 Memulakan lawatan ke kilang kraftangan..Barangan sgt mahal so kami hny cuci mata sblm ke chu chi tunnel.

Kraftangan yang dibuat drpd kulit telur dan kulit kerang2an..sgt halus dan kemas.






 Melangkah ke dalam chu chi tunnel.Perjalanan dalam sejam lebih dari hotel tidak termasuk yang dah singgah tempat kraftangan tu.



 Laluan terowong.

 
Perangkap samar





Kenalan baru.Cikgu dari Temerloh..duduk kat dalam bas sama dgn dia.

 Pokok2 buahan yang sgt gemuk2 dan byk sekali buahnya..Maklong ngn mak mmg jadi hantu buah la kat sini, keje membeli buah je kitorang smp tak pyh makan nasi.

 Setelah balik dari trip tunnel.kelaparan.Itupon mulanya travel agent tu nak soh kitorng jalan kaki dari ofis dia ke hotel..setelah aku membebel bgtau yang amoi hotel janji blik smp hotel, travel agent tu pon tahan taxi dan bayar cab aku tu.
 makan di VN halal.. Makan tiga orang lebih kurang 450,000 dong

Dalam bilik hotel, dah bersiap nak balik dah..

Antara tudung yg sempat dibeli..tapi tak best pakai pon, sbb tak try dulu.




Beli spek mata hitam Gucci siap dengan power, hny 550,000 dong shj..murah bangat..
Hasil barangan yg dibeli..berderet bag2 yg ada..beli kain cotton, telekung dan baju kurung manik a kebanyakannnya.


The end...hubby tak bg dah dtg sini...huaaaaaa

Monday, April 15, 2013

Sedetik yang cemas

5 April 2013 - Raisha demam panas. Suhu 41 darhah celcius. After balik kerja, terus bawak ke hospital. Nak minta admit, tapi wad semua penuh. So after amik ubat, terus balik rumah. Janji dengan Raisha nak belikan layang - layang.

6 April 2013 - 10am - Ke Melaka, mencari layang - layang.. Puas berjalan hingga kepenatan, tak jumpa
pon batang hidung layang -layang..Last2 jumpa kat DIY shopping mall melaka (penat  n jauh bjalan, beli kat DIY je??).. Bagitau abah yang ibu nak beli stroller kecil so senang nak angkut pi mana2, sbb stroller sediaada tu cam susah nak bwk, besar gabak.

8pm - Singgah Jusco Seremban 2, usha - usha stroller kot ada yang berkenan..tambahan pulak esok adalah last day sale..so kena jugak singgah, nnt sale abis..akhirnya berkenan satu stroller..harga asal RM239, lepas diskaun jadik RM175.00..nak yg mcm buggy je, bila lipat jadi cam payung kekdahnya.

 8.30 pm - Pergi membayar, beratur, Raisha diri ngn ibu, Rifhani dgn abah.. Ibu memanggil abah minta tlg gi amik puting susu.Rifhani pulak kat area baju, tetapi masih dlm pengawasan ibu.

8.45pm - Selesai membayar stroller, Raisha duduk di stroller.. Rifhani mula hilang dari pandangan mata..Ibu menjerit pada abah bertnya si kecil comel itu.. Puas pandang melilau di perkitaran, tapi si kecil tiada di pandangan.. Ibu dan abah, takketinggalan juga Raisha, mula berasa cemas, dan berlari -lari kesana sini mencari Rifhani dan bertanya kepada orang - orang di persekitaran.

Detik itu berlaku dalam 15- 20 minit juga lah..Terbayang di fikiran ni bermacam2 kejadian..tak sanggup rasanya nak memikirkan apa yang bakal terjadi, berdoa dan berdoa dan terus mencari agar jumpa semula si kecil Rifhani.. NAk gugur rasanya jantung ini mencari Rifhani yang tak kelihatan di mana - mana..Dalam hati berdoa agar rifhani dapat dijumpai semula dengan segera. Airmata mula menitik memikirkan di manakah si kecil itu berada.

Alhamdullilah..Allah masih izinkan ibu abah dan Raisha untuk bertemu dengan Rifhani yang comel ini.. Dia kelihatan bersahaja berdiri di kaunter tempat ibu membayar barangan tadi..Mujur sangat Rifhani masih mengingati tempat tempat itu, kerana tadi tempat terakhir dia berdiri adalah di area baju-baju..

Ibu dan Abah sangat2 sayangkan Rifhani dan Raisha, kami tak sanggup pon kehilangan anak-anak walau satu saat sekali pon!!



Sunday, April 7, 2013

Jalan - jalan Melaka

Sabtu, 6 April 2013

 Misi : Mencari layang - layang untuk Raisha.

 Budak kecik itu cuba nak buat peace!
Dahlah nak pakai baju pyjamas di tengah hari buta sbb ada gbr minnie mouse
 Berebut dgn kakak utk naik stroller ni..di dalam mall dataran pahlawan kot.
Sewa rm4/jam tapi deposit Rm15.
 Adik berjaya mempertahankan stroller.
 Muka org kelaparan..dapat makan pizza kat sini, ayik memuji jek kesedapan pizza ni.
 Otw balik..telah gugur..penat sangat berjalan.