Tuesday, May 28, 2013

Hatiku tertinggal di Guangzhou

oh kenapa, 
aku ni asyik terkenangkan guangzhou jek..
bila tgk barang2 yang ada dijual kat malaysia,
mulalah dalam otak ni fikir, eh, ni beli guangzhou lagi jauh murah..
everytime pon dok buka web AA dok usha tiket ke guangzhou..
walaupon dah byk kali pergi, mengapa masih teringat lagi..
OOWWWhhh tidakkkkk....

Monday, May 27, 2013

Kembali di sisi

Alhamdulillah...syukran ya ALLAh atas kurniaan mu..
Hanya padamu ku panjatkan kesyukuran..

Ya, Allah..tak tahu mcm mane nak ekspresikan kegembiraan ini..
Hanya Allah yang memahami kesyukuran ku..
Seminggu setelah dikurniaakan rezeki bakal menerima cahaya mata yang 3,
Allah kurniakan lagi kegembiraan kepadaku,
Suami yang sgt2 ku cintai dapat bertukar ke Politeknik Port Dickson, setelah 5 kali permohonan sebelum ini, tidak berjaya..


 ZOoM iNNNN..

Besarnya kurniaan ALlah kepadaku..Semoga aku menjadi hambanya yang bersyukur dan sentiasa konsisten menjalani perintahnya.

Pengajaran dAripada firman Allah melalui surah Arrahman, tiada apa pon nikmat dari nya yang dapat didustakan..semua ini nyata..Maka aku sebagai hambanya wajiblah mentaati segala perintahNya..


To my lovely husband --> abang..in sha aallah, saya akan jadik isteri, ibu yang terbaik untuk keluarga kita..Doakan saya ya!!!!

Saturday, May 25, 2013

Hospital againn..

Kali ni terpaksa checkup di Hospital ampuan rahimah , klang,
sbb rifhani dah muntah - muntah dan suspect terminum air contiminated dgn anak lipas,,,
hayoooo, very careless her mom...so sorry



Amik blood test, ada sket infection. Tapi alhamdullillah, tidaklah memudaratkan. DApat antibiotik utk matikan kuman, then balik..

Saturday, May 18, 2013

Anugerah terindah ku bakal bertambah.....

ALHAMDULLILLAH
HANYA PUJIAN DAN KESYUKURAN 
KE PANJATKAN KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA 
ATAS KURNIAAN NYAAA...

Syukur sangat, keluarga kami bakal bertambah..
Walaupon sgt tak terjangka, aku bersyukur atas rezeki yang telah dilimpahkan ke atas kami..
We're gonna have a new baby in few months soon..


Mula - mula mmg sgt tak percaya, walaupon instinct mcm ada.
Tapi semuanya telah disahkan.


 Scan di klinik sara hana, kuantan
EDD 01/01/2014.
Tapi kalau ikut trend bersalin sebelum 2 -3 minggu awal dari EDD.




Syukur alhamdulillah again..
SEmoga kandungan kali ini sehat dan membesar dengan sempurna dan penuh keimanan..
(Raisha awal-awal dah cakap nak baby girl, Rifhani pulak telah dipengaruhi oleh ibu spy pilih baby boy). Anyway, kami tak kesah, boy or girl, adalah amanah..
Yang penting dapat menjadi anak yang soleh dan mendoakan kami yang terbaik bila kami telah tiada kelak..

Wednesday, May 15, 2013

Life aku di Cyberjaya

Harini asyik terbaca tentang beberapa kematian anak-anak yang diletakkan di taska.. Mmg sgt stress kalau pergi kerja kalau memikirkan ttg keselamatan anak-anak..

Rifhani pon slalu jadik mangsa , sbb dia masih kecil lagi, perlu perhatian sepenuh masa, tapi slalu dipersalahkan oleh pengasuhnya sbb kdg2 bergaduh ngn kawan-kawan setaska padahal pengasuh kurang menjaga sepenuhnya anak-anak asuhan..

Mmg sgt tak best langsung aku terpaksa datang bekerja di lokasi CYBERJAYA ni..dah la tempat makan mahal, parking space yang terhad (menyebabkan aku slalu kena saman oleh MPS), tempat nurseri pon susah nak carik (memang ada juga, tetapi harga mmg di luar kemampuan akal fikiran aku.. Real play - RM645/seorang, pendaftaran RM1800++/seorang, kalau 2 orang???brainy bunch pulak RM 750/seorang..) Ada yang murah sikit tapi dah sgt penuh, hanya dapat queue nama sahaja..

Everyday terpaksa travelling dari rumah seremban 2 ke cyberjaya, dekat sejam perjalanan sehala, kadang2 anak pon meragam dan keboringan dek kerana lama sgt duduk dalam kereta. So kadang2 balik juga la ke rumah in law di Pulau indah, klang. tapi yang taktahan adalah kos travelling, sehari tol RM12, minyak dalam rm20 depends pada keadaan traffic...Jenuh juga nak mempositifkan diri setiap hari supaya bertabah hati dan kuat semangat... Dengan kejauhan en suami, kdg2 takde tmpt nak express perasaan. Apapon semua ni aku dan suami lakukan untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak..

Nak tak nak, terpaksa juga htr Rifhani ke tempat yang satu itu.
Anak-anakku, inshaallah ibu akan berusaha lagi mencari tempat yg terbaik utukmu..

Doa ku,Semoga allah memberi keizinan utk aku dan suami duduk sekali di tempat yg sama..AMINNNN

Proposal HLP

Setelah memecah kepala hampir dua minggu, tapi tiada tindakan pon yg dibuat,
dah tinggal last minit, 2-3 hari lagi nak anta, baru la aku mula menaip2, sblm ni hanya bising2 di mulut saje, tp tangan tak mula pon lagi..hehe
Biasa latu, so bila dah saat genting nak mengantor proposal dah tiba, tido malam tak lena, makan tak lalu, asyik dok terpikir jek proposal yang tak siap..

Bila dah mula taip, nak cukupkan perkataan pon jadi satu masalah lagi..rasa cam dah byk dah maklumat yang dikumpul, tapi masih tak cukup ke 1000 patah perkataan yang dikehendaki..akhirnya aku dah fedup htr je la pada Cawangn Korporat JKR tu.. Tawakkal tu alallah..


Proposal dan form HLP yang asyik dikensel ajek..Yang dah sempurna, telah disubmit ke JKR.

  Meja bersepah bukti kerajinan mencari data...hahahahaha
SETTLE..lega...hilang satu beban besar...
berdoa agar dipermudahkan..moga ada rezeki untuk keluarga kuuu..

Topi Sawah Vietnam

Raisha sgt terkejut bila terjumpa topi sawah vietnam ni berada kat rumah nenek
 (sbb dia assume, ni kan topi raisha, knpa ada kat umah nenek pulak?)

Apapun, posing dulu..
i

 Minah kungfu sawah...hehehe

Posing sipu2

 Ini post yng telah terkeluar tajuk ya!
 

Wednesday, May 8, 2013

Balik Mengundi

05052013
Yahuuuu...bukan best pergi mengundi, tapi best sbb dpt balik ke JB tempat tumpah darahku..

SO pepagi yang tak ler sehening pagi, kitorng dah semngat utk pergi mengundi.. Ni merupakan kali kedua aku mengundi dan tunaikan tanggungjawab sbg rakyat. 

Lokasi mengundi : Sekolah Agama Bandar, Johor Bahru
(sekolah aku ni, masa kecik 2, kat sini la belajar psal tajwid, arab, tauhid, adab, mutlaalbadrin, tapi munakahat tak smpt belajar sbb dah masuk sekolah asrama)
Sgt terkenang masa kecik2 dulu...dari rumah berjalan kaki ke sekolah, kdg2 naik bas sekolah kuning pendek  no plat start dari MC, bayar 30sen jek. 

 Perkarangan depan sekolah, banyak yang tak berubah.


 
Ramainya orang beratur, masa dah kol 9 am +++...Mak aku pon ngundi kat sini, tp dtg lambat sket..


Bilik ngundi, saluran 4,



Masih teringat surau ini, pergi surau utk lari2, bukannya nak gi solat...hehehe








 
Settle mngundi kat sini, kitorng terus pecut balik ke Pilah pulak, en suami comelku itu pulak nak mencalit dakwat di jarinya. walaubagaimanapu, kami takde amik pon gmbr jari yg dah berdakwat, sbb excited sgt, nk tunjuk kat anak2 sambil buat muka kesian, konon2 jari sakit..
Kebetulan raisha terjumpa plastersin kaler biru, dia pon letak kat jari dia utk jadi sama taraf ngn ibu abah.

Thursday, May 2, 2013

Taman Pertanian Shah Alam

Last weekend, aku plan nak ke Taman Pertanian Shah Alam ni.
First time aku pegi adalah semasa darjah 6 mengikut rombongan sekolah lepas abis UPSR.
pastu mmg tak penah la menjejak kan kaki lagi ke sini..

So on the Saturday morning, 27th April 2013,
lebih kurang kol 9 pagi ++ la, kitorg ni pon bersemangat la klua umah (dari kg pulau indah, klang)
nak ke tempat ni. Dalam pemikiran ni , apalagi, setting GPS atau google maps la,
set kan nama tempat, BUKIT CHERAKAH.

So after dah set, kami pon terus la gerak..dekat satu jam perjalanan, masih tak sampai2 destinasi dituju,
hanya smp ke puncak alam je, uitm kat situ..

aku pon dah rasa pelik.
tapi check gps ngn map hp, betul la kami ikut apa yang dipaparkan..
Nak jadi cerita, dah dekat 3jam, masih tak jumpa.
Sempat singgah KFC bukit jelutong sbb dah tengahhari,kelaparan la .

Rupanya, bukit cerakah is different place dah??
taktau la dlu knapa bila cakap bukit cerakah, mmg aku bygkan taman pertanian tu..
sbb tu la gps tu bawak ke tempat lain..
adoyaiiiiii..

dalam kol 1pm ++ barulah sampai ke tmpat tu.

 
Tiket masuk dewasa, RM 3 sorang.
 Kanak - kanak bawah 5 thn kot, tiada bayaran.
Tapi tak best skit, rumah 4 musim kali ni tutup utk renovation, so tak dpt nk melawat.
Kalau tak, skrg ni adalah musim bunga.

Dalam taman ni, kami pusing naik shuttle bas..then bas bernti kat sini
 di kawasan taman haiwan. Ibu dah tak larat berjalan.




 Selepas sejam lebih kat sini, cuaca pon agak panas, kami pon balik. 
Adik rifhani sangat letih, terus tido dgn nyenyaknya.
 Kakak Raisha masih steady.

Result Interview Cuti Belajar Bergaji Penuh

Alhamdullilah.. SYUKUR..
Tiada kata - kata lain yang dapat menggambarkan kegembiraan aku selain perkataan- perkataan ini..
Emel pemberitahuan tentang result interview ni diterima pada petang selepas result permohonan pertukaran en.suami yang tidak berjaya..Rupanya pagi tu, bersedih-sedih, ptg tu pula Allah beri rezeki yang lain..Sesungguhnya Allah Maha Adil..

Interview ni dah berlaku pada bulan Mac lagi
http://anugerahyangterindah.blogspot.com/2013/03/interview-cuti-belajar-bergaji-penuh.html
_________________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PANEL SUMBER MANUSIA BERHUBUNG PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) SARJANA 2013/14
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah diperakukan oleh Panel Sumber Manusia JKR bagi memohon melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana 2013/14 – CBBP DENGAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) 2014. Bagi proses seterusnya, tuan/puan perlulah mengemukakan permohonan HLP ini secara online melalui laman portal ESILA JPA di alamat http://esilav2.jpa.gov.my/. Permohonan secara online ini dibuka bermula pada 22 April 2013 (Isnin) sehingga 3 Mei 2013 (Jumaat). Permohonan yang telah selesai hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada pejabat ini selewat-lewatnya pada 15 Mei 2013 (Rabu) seperti di alamat dibawah:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
                                                Cawangan Pengurusan Korporat
                                                Ting. 2, Blok F, Ibu Pejabat JKR
                                                Jalan Sultan Salahuddin,
                                                50582 Kuala Lumpur
3.            Surat Pemakluman Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak urusetia dalam masa terdekat.

4.            Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
       

Unit Pembangunan Prestasi dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
______________________________________________________________________________________________

Walaubagaimanapon, banyak lagi step yang perlu dilaksanakan.. First skali perlu juga melengkapkan permohonan melalui website JPA.Permohonan dah dibuka daripada 22 April sehingga 3 MEi 2013.

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/home.php?tab=1&auth=6799

Kemudian kena print, dan juga menyiapkan semula proposal research mengikut kaedah yang sebenar, sbb masa interview di JKR, proposal tu setakat penyediaan skop sahaja. So by 15 Mei 2013, semua paperwork ini perlu lengkap dan dihantar ke JKR HQ.

 Masa untk berusaha..(sambil2 tu usha u mana yang nk dimohon)