Tuesday, February 5, 2013

Route to Professional Engineer

Nak jadi engineer mmg cita - cita saya dari kecik..
(sejak kenal Wahidah Wassini n dapat tahu yang bapanya seorang engineer yang bergaji lebih RM12k $$$$$)..
JADIK, setelah mengidentified yang sy ni perlu belajar bersungguh-sungguh (tak bersungguh sgt pon takpe ya kawan2, yg penting bila exam dapat result yang mantop), saya pon slalu berangan la, jenis engineer yg macam mane la ya nnti saya nak pilih..

antara pilihan tu

1) chemical engineer
2) electrical enginner
3) oil & gas engineer

tgk tu, tak de tersenarai pon kan dalam list tu civil engineer..sbb mmg dulu tak trpikir lgsg nk memilih civil engineer ni sbg cita-cita apalagi sebagai berkerjaya yang serius...huhuhu..

ceritera ini berlaku setelah keputusan UPU keluar, dan saya mmg amat terkejut mngalahkan beruk, bilamana mendapat tahu jurusan yang telah ditawarkan kepada saya adalah KEJURUTERAAN AWAM... tapi universiti yang saya pilih dalam borang UPU tu dapat juga saya jejaki..

Alhamdullillah skrg dah hampir 7 tahun bekerja sebagai seorang civil engineer dan memupuk minat dalam bidang teknikal ini, saya nak melangkah lagi setapak iaitu as Professional engineer.. En. suami ku dah lama dah galakkan saya utk mohon PE ni, arakian terlalu byk perkara dan komitmen yang perlu dilaksanakan (huh alasan lg, sori ya bang) saya masih tidak memulakan langkah itu..

So the next step adalah mengumpulkan segala perkara dan maklumat teknikal untuk didokumen kan dan mengikut format seperti yang dikehendaki..
huhhhh...~~~~


Monday, February 4, 2013

Renungan

di suatu masa dahulu,
di zaman nuh a.s.,
seorang perempuan tua dijanjikan teduhan atas bahtera sebelum ribut besar datang.

atas taqdir dan atas ketentuan tuhan,
terlupakanlah nabi nuh a.s akan dia.
tertinggallah dia menunggu bahtera berseorang.

sendirian--
menghadap ribut yang menjelang.

dan apabila tersedar nuh a.s akan tiadanya perempuan tua itu tadi, baginda berlekas2 berpatah semula bagi mendapatkannya.
tapi yelah. berapalah pantas pun lekas2nya.
zaman itu bukan macam kita ada segala peralatan enjin semua.

betapa baginda terkesima.
di tempat perempuan tua itu dijanjikanlah teguh duduknya.
ada di situ.
tak berusik.
tak ada walau cela sejentik.

bibirnya basah dengan zikir ini:

hasbi rabbi jallallah
maa fi qalbi ghayrullah
nur muhammad sallallah

cukuplah tuhanku sebagai allahku
tiada dalam hatiku selain allahku
cahaya muhammad-- selawat atasnya.

laisalaha mindunillahi kaasyifah
laisalaha mindunillahi kaasyifah

tiada baginya selain allah yang maha melindungi
tiada baginya selain allah yang maha melindungi

laailaaha illallah
al maliqul haqqul mubiin
muhammadur rasuulullah
saadiqul wa'dil aamin

tiada tuhan selain allah
raja aku, yang paling benar, yang paling telus
muhammad itu rasul allah
manusia benar dan adil dan jujur

astaghfirullaha
innallaah kaana tawwaaba.
ampuni aku wahai allah
sesungguhnya allah itu maha menerima taubat

*pause*

sayu, kan?
:)

maka percayalah.
atas setiap apa yang kurang dalam dunia kalian--
atas setiap apa yang kalian rasakan tidak mencukupi--

hasbi rabbi.
cukup tuhanku.

insyaAllah.
hati akan puas mencari segala apa yang kalau pun didapatkan takkan terpuaskan.
hati akan merasa sudah.
berhenti, malah.

dan merasa tenang--
dengan apa adanya.

:)
**posting ni di ambil dari facebook..

Menukar setting format


Setelah sekian lama baru aku terperasan yang blog ni diupdate 
ketinggalan sehari kebelakang..
Camni tak dapat la aku nak ngaku yang aku ni otai blogger,
 format tukar setting pon x lepas...hehehe

senang je tukar format di bahagian setting
then pilih time zone kuala lumpur

rifhani dan Taska

Badan masih penat sbb weekend terpaksa menjaga booth pameran kat sarawak.
Nak ikutkan hati ni malas jek la kan nk dtg keje (tiap2 hari isnin pon rasa camtu).
Rifhani yang dah sebulan tak masuk taska, agak meraung la bila di htr pagi ni.
kesian hani yang terpaksa bjauhan ngn kakak raisha..

Actually bila umur hani dah 2 tahun, rasa nak ke taska yang ada sedikit sesi belajar..
Cam raisha dulu, umur 2 tahun dah pandai melakukan beberapa aktiviti
cam mewarna, mengira dan menyambung titik2 huruf.

Kebanyakan taska yg ada program ni buat ambilan utk budak umur 3 tahun ke atas.
Kalau nak ikutkan umur hani, bru je masuk 2 tahun...tpi kalau ikut tahun lahir, dah tahun ke 3..
Aku idok ler beriya sgt nak masukkan dia ke taska yg ada blaja ni..
Cuma dah agak boring dgn taska yang sediaada skrg ni..
Choice taska yang ada kat Cyberjaya ni tak banyak sgt.
Yang aku google yang berdekatan dengan ofis aku di Prima 7 ni Brainy bunch je la kot..
ada juga pilihan lain tapi cam tak sehaluan sgt la, (kes takut punch lewat ler pepagi).  brainy bunch pon rege 
bulanan nya mencecah rm750..mak oih..aku blaja kat universiti pon tak mahal camtu..
so kesimpulannya brainy bunch tak dpt masuk dlm senarai yng aku nak pilih..

Pencarian akan diteruskan.
mungkin perlu dibesarkan lokasi jajahan.