Friday, March 11, 2011

CARA MENYEDIA SUSU RIFHANI


CARA MENYEDIA SUSU RIFHANI (expressed breast milk)
1- Keluarkan botol susu dari bekas dan simpan botol susu di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.

2- Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1,2,3,4,5,6.

3- Pasang puting.

4- Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR PANAS DARI BOTOL THERMOS. Biarkan seketika.
               Atau
   jika air bersuhu 800c - 1000c perlu dicampur air masak biasa.
  (sukatan –  1 cawan air panas suhu 800c - 1000c + 2 cawan air masak)
   –jgn guna air paip(utk elak    tercemar)

5- Periksa suhu susu. (max 400c ) JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang sahaja.

6- Lapik kain lampin dibawah dagu Rifhani.

7- Baca Bismillah

8- Pegang botol susu semasa susu diberikan.

9- Setelah selesai, BURP Rifhani.

10- Bilas botol susu dan cuci puting.


Susu yang tidak habis boleh disimpan dan diminum dalam masa 1jam. Buang setelah tamat 1 jam.

TIDAK BOLEH:
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.


PERINGATAN:
1.Kalau susu tak cukup, JANGAN diberi apa2 termasuk air masak kosong, sila call saya, saya akan hantar bekalan susu).
2. Sekiranya BLACK OUT, sila call/sms saya, saya akan hantar ais utk maintain suhu susu yg belum diguna.

Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-7770795

Terima kasih banyak-banyak Yaa..

No comments:

Post a Comment