Badan masih penat sbb weekend terpaksa menjaga booth pameran kat sarawak.
Nak ikutkan hati ni malas jek la kan nk dtg keje (tiap2 hari isnin pon rasa camtu).
Rifhani yang dah sebulan tak masuk taska, agak meraung la bila di htr pagi ni.
kesian hani yang terpaksa bjauhan ngn kakak raisha..
Actually bila umur hani dah 2 tahun, rasa nak ke taska yang ada sedikit sesi belajar..
Cam raisha dulu, umur 2 tahun dah pandai melakukan beberapa aktiviti
cam mewarna, mengira dan menyambung titik2 huruf.
Kebanyakan taska yg ada program ni buat ambilan utk budak umur 3 tahun ke atas.
Kalau nak ikutkan umur hani, bru je masuk 2 tahun...tpi kalau ikut tahun lahir, dah tahun ke 3..
Aku idok ler beriya sgt nak masukkan dia ke taska yg ada blaja ni..
Cuma dah agak boring dgn taska yang sediaada skrg ni..
Choice taska yang ada kat Cyberjaya ni tak banyak sgt.
Yang aku google yang berdekatan dengan ofis aku di Prima 7 ni Brainy bunch je la kot..
ada juga pilihan lain tapi cam tak sehaluan sgt la, (kes takut punch lewat ler pepagi). brainy bunch pon rege
bulanan nya mencecah rm750..mak oih..aku blaja kat universiti pon tak mahal camtu..
so kesimpulannya brainy bunch tak dpt masuk dlm senarai yng aku nak pilih..
Pencarian akan diteruskan.
mungkin perlu dibesarkan lokasi jajahan.
No comments:
Post a Comment