5 April 2013 - Raisha demam panas. Suhu 41 darhah celcius. After balik kerja, terus bawak ke hospital. Nak minta admit, tapi wad semua penuh. So after amik ubat, terus balik rumah. Janji dengan Raisha nak belikan layang - layang.
6 April 2013 - 10am - Ke Melaka, mencari layang - layang.. Puas berjalan hingga kepenatan, tak jumpa
pon batang hidung layang -layang..Last2 jumpa kat DIY shopping mall melaka (penat n jauh bjalan, beli kat DIY je??).. Bagitau abah yang ibu nak beli stroller kecil so senang nak angkut pi mana2, sbb stroller sediaada tu cam susah nak bwk, besar gabak.
8pm - Singgah Jusco Seremban 2, usha - usha stroller kot ada yang berkenan..tambahan pulak esok adalah last day sale..so kena jugak singgah, nnt sale abis..akhirnya berkenan satu stroller..harga asal RM239, lepas diskaun jadik RM175.00..nak yg mcm buggy je, bila lipat jadi cam payung kekdahnya.
8.30 pm - Pergi membayar, beratur, Raisha diri ngn ibu, Rifhani dgn abah.. Ibu memanggil abah minta tlg gi amik puting susu.Rifhani pulak kat area baju, tetapi masih dlm pengawasan ibu.
8.45pm - Selesai membayar stroller, Raisha duduk di stroller.. Rifhani mula hilang dari pandangan mata..Ibu menjerit pada abah bertnya si kecil comel itu.. Puas pandang melilau di perkitaran, tapi si kecil tiada di pandangan.. Ibu dan abah, takketinggalan juga Raisha, mula berasa cemas, dan berlari -lari kesana sini mencari Rifhani dan bertanya kepada orang - orang di persekitaran.
Detik itu berlaku dalam 15- 20 minit juga lah..Terbayang di fikiran ni bermacam2 kejadian..tak sanggup rasanya nak memikirkan apa yang bakal terjadi, berdoa dan berdoa dan terus mencari agar jumpa semula si kecil Rifhani.. NAk gugur rasanya jantung ini mencari Rifhani yang tak kelihatan di mana - mana..Dalam hati berdoa agar rifhani dapat dijumpai semula dengan segera. Airmata mula menitik memikirkan di manakah si kecil itu berada.
Alhamdullilah..Allah masih izinkan ibu abah dan Raisha untuk bertemu dengan Rifhani yang comel ini.. Dia kelihatan bersahaja berdiri di kaunter tempat ibu membayar barangan tadi..Mujur sangat Rifhani masih mengingati tempat tempat itu, kerana tadi tempat terakhir dia berdiri adalah di area baju-baju..
Ibu dan Abah sangat2 sayangkan Rifhani dan Raisha, kami tak sanggup pon kehilangan anak-anak walau satu saat sekali pon!!
No comments:
Post a Comment