Wednesday, May 15, 2013

Life aku di Cyberjaya

Harini asyik terbaca tentang beberapa kematian anak-anak yang diletakkan di taska.. Mmg sgt stress kalau pergi kerja kalau memikirkan ttg keselamatan anak-anak..

Rifhani pon slalu jadik mangsa , sbb dia masih kecil lagi, perlu perhatian sepenuh masa, tapi slalu dipersalahkan oleh pengasuhnya sbb kdg2 bergaduh ngn kawan-kawan setaska padahal pengasuh kurang menjaga sepenuhnya anak-anak asuhan..

Mmg sgt tak best langsung aku terpaksa datang bekerja di lokasi CYBERJAYA ni..dah la tempat makan mahal, parking space yang terhad (menyebabkan aku slalu kena saman oleh MPS), tempat nurseri pon susah nak carik (memang ada juga, tetapi harga mmg di luar kemampuan akal fikiran aku.. Real play - RM645/seorang, pendaftaran RM1800++/seorang, kalau 2 orang???brainy bunch pulak RM 750/seorang..) Ada yang murah sikit tapi dah sgt penuh, hanya dapat queue nama sahaja..

Everyday terpaksa travelling dari rumah seremban 2 ke cyberjaya, dekat sejam perjalanan sehala, kadang2 anak pon meragam dan keboringan dek kerana lama sgt duduk dalam kereta. So kadang2 balik juga la ke rumah in law di Pulau indah, klang. tapi yang taktahan adalah kos travelling, sehari tol RM12, minyak dalam rm20 depends pada keadaan traffic...Jenuh juga nak mempositifkan diri setiap hari supaya bertabah hati dan kuat semangat... Dengan kejauhan en suami, kdg2 takde tmpt nak express perasaan. Apapon semua ni aku dan suami lakukan untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak..

Nak tak nak, terpaksa juga htr Rifhani ke tempat yang satu itu.
Anak-anakku, inshaallah ibu akan berusaha lagi mencari tempat yg terbaik utukmu..

Doa ku,Semoga allah memberi keizinan utk aku dan suami duduk sekali di tempat yg sama..AMINNNN

No comments:

Post a Comment