Alhamdullilah.. SYUKUR..
Tiada kata - kata lain yang dapat menggambarkan kegembiraan aku selain perkataan- perkataan ini..Emel pemberitahuan tentang result interview ni diterima pada petang selepas result permohonan pertukaran en.suami yang tidak berjaya..Rupanya pagi tu, bersedih-sedih, ptg tu pula Allah beri rezeki yang lain..Sesungguhnya Allah Maha Adil..
Interview ni dah berlaku pada bulan Mac lagi
http://anugerahyangterindah.blogspot.com/2013/03/interview-cuti-belajar-bergaji-penuh.html
_________________________________________________________________________________KEPUTUSAN PANEL SUMBER MANUSIA BERHUBUNG PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) SARJANA 2013/14
Dengan segala hormatnya
saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah diperakukan
oleh Panel Sumber Manusia JKR bagi
memohon melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana 2013/14 – CBBP
DENGAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) 2014.
Bagi proses seterusnya, tuan/puan perlulah mengemukakan permohonan
HLP ini secara
online melalui laman portal ESILA JPA di alamat http://esilav2.jpa.gov.my/.
Permohonan secara online ini dibuka bermula
pada 22 April 2013 (Isnin) sehingga 3 Mei 2013 (Jumaat).
Permohonan yang telah selesai hendaklah dicetak dan dikemukakan
kepada pejabat ini selewat-lewatnya pada
15 Mei 2013 (Rabu) seperti di alamat dibawah:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Ting. 2, Blok F, Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur
3. Surat
Pemakluman Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak urusetia dalam masa
terdekat.
4. Kerjasama
dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Unit Pembangunan Prestasi dan
Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
______________________________________________________________________________________________
Walaubagaimanapon, banyak lagi step yang perlu dilaksanakan.. First skali perlu juga melengkapkan permohonan melalui website JPA.Permohonan dah dibuka daripada 22 April sehingga 3 MEi 2013.
Kemudian kena print, dan juga menyiapkan semula proposal research mengikut kaedah yang sebenar, sbb masa interview di JKR, proposal tu setakat penyediaan skop sahaja. So by 15 Mei 2013, semua paperwork ini perlu lengkap dan dihantar ke JKR HQ.
Masa untk berusaha..(sambil2 tu usha u mana yang nk dimohon)
No comments:
Post a Comment