Sunday, January 9, 2011

Mengapa tandem nursing ?

Hari ke 27 dlm pantang dah klua gi ke umah Ateh ada kenduri arwah.
Biasa lah, waktu tengahhari, slalunya waktu utk raisha tidur, tp bile dah ramai org, dia pon jadi segar.
Tapi bile raisha tgk adik hani menenen, dia pon merengek2 nak nenen juga.

Ramai makcik2 yg terkjut tgk ibu masih menetekkan raisha.
Diorang memberi pelbagai petua utk suruh berentikan penyusuan raisha dgn alasan susu ibu tu sepatutnya hny hak adik..Ibu hny tersnyum.

Mengapa ibu masih nak meneruskan penyusuan raisha dan mengamalkan tandem nursing?

1) Hak penyusuan seorang anak adalah sehingga berumur 2 tahun.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya:
Maksudnya:
                  'Para ibu menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin
                  menyempurnakan penyusuan itu' : Surah AlBaqarah 2:233

2) Si kakak tidak merasa tersisih dgn kehadiran adik. Kakak tetap dipeluk dan disayang sama seperti adik walaupon kini ibu perlu memberi perhatian kepada adik sbb adik masih terlalu kecil.

3) Ibu nak sentiasa berdekatan dgn anak - anak ibu. Waktu bekerja ibu dan anak -anak terpaksa bjauhan dan slalunya bila dah balik kerja, ibu dan anak -anak, kepenatan, dan nk rehat, kurang dpt bermesra atau terhad utk melakukan aktiviti bersama. Namun dgn menyusui ibu, anak lebih mengenali ibu kerana everytime menyusu, dia akan merenung wajah ibu dan merasa selamat berada dlm pelukan ibu.

4) Ibu harap bila anak-anak membesar mnjadi anak yang taat perintah Allah dan mendengar cakap ibu dan abah.

Terlalu banyak la kebaikan dan sebab kenapa ibu masih nak meneruskan susu kan raisha dgn susu ibu.. Dan berharap dpt menyusukan adik Hani juga dgn sepnuhnya dgn susu ibu sehingga sekurang2nya umur 2 tahun.

No comments:

Post a Comment