Genap hari berpantang hari ke 40, abah pon dtg mnjemput ibu sperti yg telah di plan.
Kite balik ke umah atok+nekwan kat k.pilah pulak.
Ibu rasa teramat sedih utk tgglkan mak+bah ibu a.k.a atok JB.
Bukannya senang nk dapat balik Jb.
Apatah lagi nk stay lama-lama kat situ.
Walaupon berat rasa hati nk melangkah pergi, setelah 35hari dilayan oleh mak ibu,
tp sbg isteri yg taat, ibu perlu patuhi perintah abah.
Ibu amat bersyukur kerana mak dan bah ibu masih dipanjangkan umur dan dapat
melihat cucu-cucunya.
Atok amat2 manjakan raisha dan amat menyayangi raisha.
Sepanjang berkampung kat umah JB ni,
ibu, raisha dan hani ditatang bagai minyak yg penuh.
Pasti ibu akan amat2 merindui mak dan bah ibu.
Ibu akan merindui masakan mak ibu.
Ibu akan merindui adik-beradik ibu yg lain.
dan ibu rindukan kenangan2 ibu semasa masih duduk di jb.
Ibu berharap akan dpt slalu balik ke jb utk mnjenguk
mak dan bah ibu.
walaupon x dpt nak mnjaga diorang, sekurang-kurangnya ibu
nak diorang tenang dn gembira melihat anak dan cucunya bahagia.
Jasa mak dan bah ibu terlalu byk utk membesarkan ibu
dan takkan dpt dibalas dgn wang ringgit.
Kepada anak-anak ibu,
raisha dan hani,
ibu dan abah mengharapkan anak-anak kami
menghormati dan menyayangi kami
sehingga ke akhir hayat kami.
Hanya itulah yg diharapkan oleh setiap mak ayah.
No comments:
Post a Comment