Entri ni khas utk anak-anakku..
Kenapa ibu dan abah memilih nama anak-anak ibu dgn nama tersebut.
1)Supaya anak-anak ibu mencontohi peribadi mulia Saidatina Khadijah dan Siti Asiah.
2) Supya mnjadi peringatan kpd ibu juga utk jadi ibu dan isteri yang baik setiap kali menyebut nama-nama itu.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]
Kenapa ibu dan abah memilih nama anak-anak ibu dgn nama tersebut.
1)Supaya anak-anak ibu mencontohi peribadi mulia Saidatina Khadijah dan Siti Asiah.
2) Supya mnjadi peringatan kpd ibu juga utk jadi ibu dan isteri yang baik setiap kali menyebut nama-nama itu.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]
Rasulullah s.a.w bersabda: ``Sebaik-baik wanita ahli syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah bin Muhammad, Asiah binti Mazahim (isteri firaun) dan Maryam binti `Imran.'' - (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
My Lovely Daughter ( Setahun 10 bulan)
Raisha Khadijah binti Mohd Firhan
Raisha - Pemimpin kepada raja
Khadijah - isteri Rasulullah S.A.W
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.
Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.
Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.
Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
My Lovely Newborn Daughter ( 25days)
Rifhani Asiah binti Mohd FirhanRifhani - Kemewahanku
Asiah - isteri firaun - bonda angkat Nabi Musa AS
Isteri yang baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut Asiah, isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai seorang Raja Besar yang dikutuk Allah SWT, namun isterinya disanjung tinggi dalam Al-Quran. Isteri Firaun bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh Al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.
Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu. Asiah menyelamatkan Nabi Musa AS, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Nabi Musa AS. Dia beriman kepada ajaran Islam yang dibawa Nabi Musa AS. Semua manusia di lingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi secara diam-diam, dia menyembah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment