Monday, January 17, 2011

Anak - anak semakin membesar

Tahun 2011 ni tahun yang agak mencabar bagi ibu.
Dengan kehadiran anugerah yang amat berharga dalam hidup ibu,
iaitu yang amat dicintai (chewah..jiwang la pulak..)
Mohd firhan + anak - anak ibu,
bererti ibu perlu lebih tabah dan rajin untuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya.
Oh..tak lupa juga dgn bisnes kecil-kecilan ibu.
Azam ibu tahun ni semestinya utk jadi lebih baik dari sebelumnya.
Misi ibu utk menyusui anak-anak ibu dgn susu badan sehingga tempoh yang dituntut dalam Islam.
Menjadi isteri yg taat dan sentiasa diredhai suami itulah matlamat hidup ibu hingga ke akhir hayat.
Mendidik dan membesarkan anak-anak dgn penuh kasih sayang.
Di samping tak melupakan mak dan bah yang sgt berjasa dlm mnjadikan ibu seperti skrg.

Ibu amat memerlukan sokongan dan dorongan abah(firhan) utk mencapai segala yg diimpikan.
Raisha akan berusia 2tahun bulan 3/2011 ni.makin membesar dan da byk mempelajari perkara2 yg berlaku disekeliling dan yg diajar. Ibu dan abah berharap raisha akan membesar dan boleh diharap utk mjaga adik Hani kat sekolah ya.
Hani berusia 35days.
Semakin comel dan semakin bijak.
Dah boleh dgr dan nmpk, trsenyum bila ibu mengagah.


Melihat anak-anak membesar dgn sehat dan sempurna
menjadi harapan ibu dan abah setiap masa..
Raisha + Hani mnjadikan hidup ibu dan abah lengkap dalam dunia ni.
Doa ibu dan abah
agar anak-anak kami membesar dgn penuh keimanan dan mnjadi anak-anak solehah.
AMINNNN..insyaallah

No comments:

Post a Comment